UCAPAN 2023

TEKS UCAPAN PERASMIAN 

 

YANG AMAT BERHORMAT DATO ’SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI MAJLIS 

 

MALAM APRESIASI MTIB (MTIB 50 TAHUN TEGUH SEIRING USIA) 

SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN MTIB 

 

8 Jun 2023 (Khamis)

8.00 malam – 10.30 malam

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

 

Bismillahirrahmannirahim, 

Yang Berhormat Datuk Hajah Siti Aminah Aching Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi 

Yang Berbahagia Dato ’Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi 

Yang Berhormat Datuk Larry Sng Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Yang Berbahagia Datuk/Dato’/YBrs. Dr/Tuan/Puan Ahli-ahli Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Yang Berusaha Dr. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Wakil-wakil Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan 

Wakil-wakil Persatuan Industri Perkayuan serta 

Wakil-wakil Pengurusan dan warga kerja MTIB yang saya kasihi sekalian 

Assalamualaikum WBT, 

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), atas kesudian menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi MTIB pada malam ini yang bertemakan “ MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia”. Sudah tentu sambutan Jubli Emas ini amat bersejarah, dan saya amat berbesar hati dapat bersama warga MTIB untuk meraikannya. 

2. Pada malam ini, saya dimaklumkan bahawa dua anugerah akan 3 disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MTIB 2022 dan Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan kepada sebahagian daripada warga kerja MTIB dan pemain industri perkayuan. Selain itu, Penghargaan “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung” kepada Mantan-Mantan Ketua Pengarah MTIB juga akan disampaikan bagi menghargai jasa bakti, sumbangan dan komitmen tinggi yang telah diberikan dalam membangun dan memajukan industri perkayuan negara. Saya kira semua penganugerahaan ini lebih bermakna lagi mengambil kira genapnya 5 dasawarsa perjalanan MTIB sebagai sebuah institusi, dan saya yakin ianya akan membakar semangat warga MTIB untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi industri perkayuan tanahair. Hadirin yang dihormati sekalian, 

3. MTIB telah ditubuhkan pada tanggal 1 Jun 1973, di bawah Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973. Berdasarkan rekod sejarah, penubuhan asal MTIB adalah pada tahun 1966 dan dikenali sebagai Malaysian Timber Export Industry Board (MTEIB). Sudah tentu dalam tempoh 50 tahun beroperasi, pelbagai pengalaman pahit, manis, suka dan duka telah dilalui oleh MTIB sehingga hari ini, dan pelbagai pencapaian telah direkodkan. 

4. Dalam tempoh 50 tahun, nilai eksport kayu dan produk kayu negara telah meningkat 33 kali ganda iaitu RM25.2 billion pada tahun 2022 berbanding RM749 juta pada tahun 1973. Hanya 4 produk perkayuan yang dieksport pada tahun 1973 berbanding 24 produk yang dieksport ke seluruh dunia sehingga tahun lalu. Jelas sekali, sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara amat besar. 4 5 sehingga tahun 2019; 

5. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MTIB di atas usaha gigih yang berterusan dalam memajukan dan meningkatkan pertumbuhan industri kayu Malaysia secara konsisten. Hasil dari perkhidmatan berkualiti dan kerjasama yang baik di antara MTIB dan pihak industri telah membantu industri perkayuan terus berkembang dan adalah diharapkan agar hal ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan lagi industri perkayuan negara, khususnya dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu pada hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan, 6. Pelbagai kejayaan MTIB yang direkodkan dalam menerajui industri perkayuan negara dalam 50 tahun ini. Antaranya adalah: 

(1) Pembangunan Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Semenanjung Malaysia (MyTLAS) dan pengeluaran Sijil MyTLAS bagi tujuan eksport. Sehingga kini, sejumlah 106,910 Sijil MyTLAS telah dikeluarkan untuk pengeksport memenuhi keperluan negara pembeli di pasaran antarabangsa; 

(2) Pelaksanaan Program Pengurusan Lean dan Good Manufacturing Practices (GMP) 5S yang membantu syarikat perkayuan terlibat dari segi penjimatan kos operasi pengeluaran syarikat. Melalui Program Pengurusan Lean, sebanyak RM84 juta penjimatan kos operasi telah berjaya dicapai oleh 96 buah syarikat sepanjang tempoh 2014 hingga 2021. Manakala, bagi Program GMP 5S pula, penjimatan sebanyak RM1.7 juta untuk 91 buah syarikat telah dicapai dari tahun 2015 5 sehingga tahun 2019;

(3) MTIB sentiasa menyertai pelbagai pameran yang turut dihadiri pengunjung dari dalam dan luar negara seperti Malaysian International Furniture Fair (MIFF), Export Furniture Exhibition (EFE), dan Home Design and Interior Exhibition (HOMEDEC). Setiap tahun, hampir 80 usahawan mendapat manfaat daripada penyertaan pameran-pameran ini dengan nilai jualan mencecah lebih RM10 juta; 

(4) Sejak tahun 2016, MTIB turut menganjurkan karnival jualan di bawah jenama sendiri iaitu Wood & Lifestyle Fair (WLF). Sehingga kini, sebanyak 35 siri WLF telah dianjurkan dengan penyertaan seramai 651 usahawan. Hasil jualan keseluruhan penganjuran program ini telah mencecah RM52.41 juta. 

(5) MTIB melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) telah melatih lebih daripada 20,000 peserta sejak penubuhannya. WISDEC telah diiktiraf oleh Skills Malaysia sebagai Centre of Excellence (COE) bagi bidang Cabinet Making oleh Kementerian Sumber Manusia dan Joinery serta Carpentry oleh Kementerian Kerja Raya untuk melatih peserta negara yang membawa cabaran ke pertandingan ASEAN Skill Competition dan juga WorldSkills Competition. Antara peserta negara yang telah meraih kejayaan dalam bidang kemahiran Cabinet Making adalah: 

i. Encik Musalman bin Kamal, pemenang Silver Medal di ASEAN Skill Competition Hanoi 2014, Gold Medal di Worldskills Oceana, New Zealand dan Medallion of Excellence di Worldskills Competition, Brazil pada tahun 2015; dan 

ii. Encik Mohd Izuwan bin Mohd Rabi, pemenang Gold Medal di 6 ASEAN Skill Competition Kuala Lumpur 2016 dan Medallion of Excellence di WorldSkills Competition Abu Dhabi 2017. Bagi bidang joinery pula, Encik Lau King Heing telah mengharumkan nama negara dengan memperoleh Medallion of Excellence di ASEAN Skill Competition Hanoi 2014, Gold Medal di Worldskill Oceana New Zealand dan Medallion of Excellence di Worldskill Competition Brazil pada tahun 2015. 

(6) MTIB juga menganjurkan Pertandingan Rekabentuk Perabot MOBILI dan membangunkan jenama dan kumpulan pereka TANGGAM. Program ini telah memberi impak yang besar iaitu beberapa pereka TANGGAM ini telah berjaya meraih pendapatan melebihi RM100,000 setahun dan merangkul pelbagai anugerah. 

Hadirin yang dihormati sekalian, 

7. Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) telah digubal bagi menggariskan hala tuju pembangunan industri agrikomoditi negara. Bagi memastikan kesinambungan industri perkayuan secara khusus, Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) MTIB 2021-2025 telah dilancarkan dengan lima teras strategik meliputi Bahan Mentah dan Kemampanan Industri; Teknologi, Inovasi dan Sokongan Industri; Modal Insan dan Produktiviti; Pembangunan Pemasaran dan Perdagangan; dan juga Peningkatan Penglibatan Bumiputera. 

8. Saya percaya teras strategik ini menjadi panduan kepada MTIB dalam memastikan sasaran industri perkayuan menjelang tahun 2025 dapat dicapai sekaligus meneruskan pencapaian membanggakan MTIB selama tempoh 50 tahun ini. Apa yang penting, semua kejayaan dan pencapaian 7 sebelum ini tidak harus diambil ringan atau ‘taken for granted’, malah ia sepatutnya menjadi penanda aras untuk pencapaian yang lebih baik lagi di masa hadapan. Insya-Allah, saya yakin setelah 50 tahun berbakti, MTIB akan terus memainkan peranan yang cemerlang bagi memantapkan lagi industri perkayuan negara untuk 50 tahun yang akan datang. 

Hadirin yang dihormati sekalian, 

9. Seperti yang saya sebut pada awal bicara saya, pada malam ini kita akan mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MTIB 2022 dan Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan serta Penghargaan “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung” kepada Mantan-Mantan Ketua Pengarah MTIB. Saya difahamkan seramai 38 orang pegawai yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang pada tahun 2022 akan diraikan sebagai penerima APC MTIB 2022, manakala Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan pula akan dianugerahkan kepada 14 penerima sebagai tanda pengiktirafan kepada pemain industri yang sentiasa memastikan industri perkayuan negara terus kekal di arus perdana global. 

10. Saya berharap agar, dengan pengiktirafan dan penghargaan APC ini, ia akan mencetus inspirasi kepada semua pegawai perkhidmatan awam untuk menampilkan 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' iaitu merangkumi nilai-nilai Good governance, Responsibility, Empathy, Accountability dan Tenacity of purpose dalam perkhidmatan awam, dengan kembali kepada asas nilai individu dan organisasi, demi Malaysia yang lebih baik. 

11. Tahniah juga diucapkan kepada 14 penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan. Semoga terus maju dalam memberi 8 sumbangan kepada industri perkayuan negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain utama sektor ini di peringkat global. 

12. Akhir kata, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh warga MTIB di atas sambutan Jubli Emas dan penganjuran majlis pada malam ini. Saya doakan MTIB dan seluruh sektor perkayuan Malaysia akan terus maju dan berkembang, demi memperkukuhkan ekonomi negara. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua, dan dengan itu, dengan lafaz kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Malam Apresiasi MTIB, dengan tema “MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia”, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan MTIB.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

TEKS UCAPAN PERASMIAN 

YANG AMAT BERHORMAT DATO ’SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI 

 

MAJLIS MALAM APRESIASI MTIB (MTIB 50 TAHUN TEGUH SEIRING USIA) 

SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN MTIB 

 

8 Jun 2023 (Khamis) 8.00 malam – 10.30 malam

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

 

Bismillahirrahmannirahim, 

Yang Berhormat Datuk Hajah Siti Aminah Aching Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi 

Yang Berbahagia Dato ’Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi 

Yang Berhormat Datuk Larry Sng Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Yang Berbahagia Datuk/Dato’/YBrs. Dr/Tuan/Puan Ahli-ahli Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Yang Berusaha Dr. Mohd Nor Zamri bin Mat Amin Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 

Wakil-wakil Kementerian, Agensi dan Jabatan Kerajaan 

Wakil-wakil Persatuan Industri Perkayuan serta 

Wakil-wakil Pengurusan dan warga kerja MTIB yang saya kasihi sekalian 

 

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), atas kesudian menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi MTIB pada malam ini yang bertemakan “ MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia”. Sudah tentu sambutan Jubli Emas ini amat bersejarah, dan saya amat berbesar hati dapat bersama warga MTIB untuk meraikannya. 

2. Pada malam ini, saya dimaklumkan bahawa dua anugerah akan 3 disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MTIB 2022 dan Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan kepada sebahagian daripada warga kerja MTIB dan pemain industri perkayuan. Selain itu, Penghargaan “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung” kepada Mantan-Mantan Ketua Pengarah MTIB juga akan disampaikan bagi menghargai jasa bakti, sumbangan dan komitmen tinggi yang telah diberikan dalam membangun dan memajukan industri perkayuan negara. Saya kira semua penganugerahaan ini lebih bermakna lagi mengambil kira genapnya 5 dasawarsa perjalanan MTIB sebagai sebuah institusi, dan saya yakin ianya akan membakar semangat warga MTIB untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi industri perkayuan tanahair. 

Hadirin yang dihormati sekalian, 

3. MTIB telah ditubuhkan pada tanggal 1 Jun 1973, di bawah Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973. Berdasarkan rekod sejarah, penubuhan asal MTIB adalah pada tahun 1966 dan dikenali sebagai Malaysian Timber Export Industry Board (MTEIB). Sudah tentu dalam tempoh 50 tahun beroperasi, pelbagai pengalaman pahit, manis, suka dan duka telah dilalui oleh MTIB sehingga hari ini, dan pelbagai pencapaian telah direkodkan. 

4. Dalam tempoh 50 tahun, nilai eksport kayu dan produk kayu negara telah meningkat 33 kali ganda iaitu RM25.2 billion pada tahun 2022 berbanding RM749 juta pada tahun 1973. Hanya 4 produk perkayuan yang dieksport pada tahun 1973 berbanding 24 produk yang dieksport ke seluruh dunia sehingga tahun lalu. Jelas sekali, sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara amat besar. 4 

5. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MTIB di atas usaha gigih yang berterusan dalam memajukan dan meningkatkan pertumbuhan industri kayu Malaysia secara konsisten. Hasil dari perkhidmatan berkualiti dan kerjasama yang baik di antara MTIB dan pihak industri telah membantu industri perkayuan terus berkembang dan adalah diharapkan agar hal ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan lagi industri perkayuan negara, khususnya dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu pada hari ini. 

Tuan-tuan dan puan-puan, 

6. Pelbagai kejayaan MTIB yang direkodkan dalam menerajui industri perkayuan negara dalam 50 tahun ini. Antaranya adalah: 

(1) Pembangunan Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Semenanjung Malaysia (MyTLAS) dan pengeluaran Sijil MyTLAS bagi tujuan eksport. Sehingga kini, sejumlah 106,910 Sijil MyTLAS telah dikeluarkan untuk pengeksport memenuhi keperluan negara pembeli di pasaran antarabangsa; 

(2) Pelaksanaan Program Pengurusan Lean dan Good Manufacturing Practices (GMP) 5S yang membantu syarikat perkayuan terlibat dari segi penjimatan kos operasi pengeluaran syarikat. Melalui Program Pengurusan Lean, sebanyak RM84 juta penjimatan kos operasi telah berjaya dicapai oleh 96 buah syarikat sepanjang tempoh 2014 hingga 2021. Manakala, bagi Program GMP 5S pula, penjimatan sebanyak RM1.7 juta untuk 91 buah syarikat telah dicapai dari tahun 2015 5 sehingga tahun 2019; 

(3) MTIB sentiasa menyertai pelbagai pameran yang turut dihadiri pengunjung dari dalam dan luar negara seperti Malaysian International Furniture Fair (MIFF), Export Furniture Exhibition (EFE), dan Home Design and Interior Exhibition (HOMEDEC). Setiap tahun, hampir 80 usahawan mendapat manfaat daripada penyertaan pameran-pameran ini dengan nilai jualan mencecah lebih RM10 juta; 

(4) Sejak tahun 2016, MTIB turut menganjurkan karnival jualan di bawah jenama sendiri iaitu Wood & Lifestyle Fair (WLF). Sehingga kini, sebanyak 35 siri WLF telah dianjurkan dengan penyertaan seramai 651 usahawan. Hasil jualan keseluruhan penganjuran program ini telah mencecah RM52.41 juta. 

(5) MTIB melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) telah melatih lebih daripada 20,000 peserta sejak penubuhannya. WISDEC telah diiktiraf oleh Skills Malaysia sebagai Centre of Excellence (COE) bagi bidang Cabinet Making oleh Kementerian Sumber Manusia dan Joinery serta Carpentry oleh Kementerian Kerja Raya untuk melatih peserta negara yang membawa cabaran ke pertandingan ASEAN Skill Competition dan juga WorldSkills Competition. Antara peserta negara yang telah meraih kejayaan dalam bidang kemahiran Cabinet Making adalah: 

i. Encik Musalman bin Kamal, pemenang Silver Medal di ASEAN Skill Competition Hanoi 2014, Gold Medal di Worldskills Oceana, New Zealand dan Medallion of Excellence di Worldskills Competition, Brazil pada tahun 2015; dan 

ii. Encik Mohd Izuwan bin Mohd Rabi, pemenang Gold Medal di 6 ASEAN Skill Competition Kuala Lumpur 2016 dan Medallion of Excellence di WorldSkills Competition Abu Dhabi 2017. Bagi bidang joinery pula, Encik Lau King Heing telah mengharumkan nama negara dengan memperoleh Medallion of Excellence di ASEAN Skill Competition Hanoi 2014, Gold Medal di Worldskill Oceana New Zealand dan Medallion of Excellence di Worldskill Competition Brazil pada tahun 2015. 

(6) MTIB juga menganjurkan Pertandingan Rekabentuk Perabot MOBILI dan membangunkan jenama dan kumpulan pereka TANGGAM. Program ini telah memberi impak yang besar iaitu beberapa pereka TANGGAM ini telah berjaya meraih pendapatan melebihi RM100,000 setahun dan merangkul pelbagai anugerah. Hadirin yang dihormati sekalian, 

7. Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) telah digubal bagi menggariskan hala tuju pembangunan industri agrikomoditi negara. Bagi memastikan kesinambungan industri perkayuan secara khusus, Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) MTIB 2021-2025 telah dilancarkan dengan lima teras strategik meliputi Bahan Mentah dan Kemampanan Industri; Teknologi, Inovasi dan Sokongan Industri; Modal Insan dan Produktiviti; Pembangunan Pemasaran dan Perdagangan; dan juga Peningkatan Penglibatan Bumiputera. 

8. Saya percaya teras strategik ini menjadi panduan kepada MTIB dalam memastikan sasaran industri perkayuan menjelang tahun 2025 dapat dicapai sekaligus meneruskan pencapaian membanggakan MTIB selama tempoh 50 tahun ini. Apa yang penting, semua kejayaan dan pencapaian 7 sebelum ini tidak harus diambil ringan atau ‘taken for granted’, malah ia sepatutnya menjadi penanda aras untuk pencapaian yang lebih baik lagi di masa hadapan. Insya-Allah, saya yakin setelah 50 tahun berbakti, MTIB akan terus memainkan peranan yang cemerlang bagi memantapkan lagi industri perkayuan negara untuk 50 tahun yang akan datang. Hadirin yang dihormati sekalian, 

8. Seperti yang saya sebut pada awal bicara saya, pada malam ini kita akan mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MTIB 2022 dan Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan serta Penghargaan “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung” kepada Mantan-Mantan Ketua Pengarah MTIB. Saya difahamkan seramai 38 orang pegawai yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang pada tahun 2022 akan diraikan sebagai penerima APC MTIB 2022, manakala Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan pula akan dianugerahkan kepada 14 penerima sebagai tanda pengiktirafan kepada pemain industri yang sentiasa memastikan industri perkayuan negara terus kekal di arus perdana global. 

9. Saya berharap agar, dengan pengiktirafan dan penghargaan APC ini, ia akan mencetus inspirasi kepada semua pegawai perkhidmatan awam untuk menampilkan 'THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE' iaitu merangkumi nilai-nilai Good governance, Responsibility, Empathy, Accountability dan Tenacity of purpose dalam perkhidmatan awam, dengan kembali kepada asas nilai individu dan organisasi, demi Malaysia yang lebih baik. 

10. Tahniah juga diucapkan kepada 14 penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Perkayuan. Semoga terus maju dalam memberi 8 sumbangan kepada industri perkayuan negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain utama sektor ini di peringkat global. 

11. Akhir kata, tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh warga MTIB di atas sambutan Jubli Emas dan penganjuran majlis pada malam ini. Saya doakan MTIB dan seluruh sektor perkayuan Malaysia akan terus maju dan berkembang, demi memperkukuhkan ekonomi negara. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua, dan dengan itu, dengan lafaz kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Malam Apresiasi MTIB, dengan tema “MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia”, bersempena dengan Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan MTIB. 

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

TEKS UCAPAN PERASMIAN


YANG AMAT BERHORMAT DATO ’SRI HAJI FADILLAH BIN
HAJI YUSOF
TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN
MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI


WOOD & LIFESTYLE FAIR (WLF)
(MTIB 50 TAHUN TEGUH SEIRING USIA)


SEMPENA
SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN MTIB


9 Mac 2023 (Khamis)
3.00 Petang
Malaysia Grand Bazaar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur


Bismillahirrahmannirahim


SALUTASI


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Persatuan Usahawan Kayu-Kayan dan
Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) dan Persatuan Jaringan Usahawan Laser Bumiputera (JULB) atas kesudian menjemput saya untuk merasmikan Wood & Lifestyle Fair (MTIB 50 Tahun
Teguh Seiring Usia) pada hari ini.


Saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada MTIB yang menyambut Jubli Emas 50 Tahun dengan Tema “Teguh Seiring Usia”. Ucapan syabas juga diucapkan kepada MTIB dan JULB atas daya usaha dan inisiatif menganjurkan pameran Wood & Lifestyle Fair yang dapat menghimpunkan usahawan Bumiputera dalam industri perkayuan. Saya amat berbesar hati kerana dapat bersamasama tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis yang diadakan pada petang ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Industri perkayuan merupakan salah satu agrikomoditi utama dan amat signifikan peranannya kepada sumbangan pembangunan ekonomi negara. Pada tahun 2021, nilai keseluruhan eksport kayu dan produk kayu negara adalah berjumlah RM22.7 bilion. Manakala pada tahun 2022, nilai eksport kayu dan produk kayu negara adalah berjumlah RM25.2 bilion dengan peningkatan sebanyak 11%. Tiga produk utama perkayuan yang menyumbang kepada nilai eksport ialah perabot kayu, papan lapis dan kayu bergergaji dengan nilai eksport masing-masing berjumlah RM10.4 bilion, RM3.1 bilion dan RM2.5 bilion.


Pada masa ini, perabot Malaysia telah berjaya dieksport ke lebih 160 buah negara. Antara negara-negara yang menjadi pasaran utama perabot Malaysia adalah Amerika Syarikat, Jepun, China, Australia dan Singapura. Dalam hal ini, saya difahamkan bahawa Malaysia adalah antara 10 pengeksport perabot utama dunia. Sementara, pasaran domestik industri perkayuan pada
tahun 2021 pula adalah bernilai sebanyak RM17 bilion menunjukkan peningkatan 6.25% iaitu sebanyak RM16 bilion berbanding tahun 2020.

Namun begitu, penyertaan Bumiputera dalam industri perkayuan masih lagi terhad. Usahawan Bumiputera hanya menyumbang kurang 1.0% daripada jumlah eksport kayu dan
produk kayu pada tahun 2022. Bilangan usahawan Bumiputera juga adalah kecil iaitu seramai 524 usahawan. Saya difahamkan hampir 66.8% daripada usahawan Bumiputera adalah dalam
kategori perusahaan kecil atau bersaiz mikro.


Sehubungan itu, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui agensinya MTIB, sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya saing dan penglibatan Bumiputera dalam industri perkayuan melalui teras dasar dan strategi yang digariskan di bawah Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) (2021- 2030) dan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) (2021-2025). DAKN menyasarkan peningkatan 71% penglibatan Bumiputera dalam industri perkayuan iaitu sebanyak 600 syarikat Bumiputera pada tahun 2030 di peringkat Pertengahan dan Hiliran. Manakala NTISP menyasarkan penguasaan produk perkayuan Bumiputera sebanyak 10% di pasaran tempatan dan 5% di pasaran antarabangsa menjelang tahun 2025.


Bagi tujuan tersebut, pelbagai program pembangunan usahawan dan pemerkasaan Bumiputera industri perkayuan sedang dilaksanakan. Antaranya adalah Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang Kerja Kayu SME Bumiputera yang telah dilaksanakan sejak RMKe-10 sehingga RMKe-12 dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM39.73 juta. Usahawan Bumiputera yang layak telah diberi pinjaman mesin berteknologi tinggi untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran mereka supaya dapat bersaing dengan lebih kompetitif dalam pasaran.


Program ini kini telah memanfaatkan seramai 119 usahawan Bumiputera. Bantuan berbentuk pinjaman mesin kerja kayu berteknologi tinggi kepada usahawan Bumiputera bagi membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran yang seterusnya akan dapat menjurus kepada peningkatan prestasi jualan tahunan. Pada masa kini, kesemua syarikat penerima mesin telah mencapai purata jualan sebanyak RM147.2 juta setahun.


Hadirin yang dihormati sekalian,


Saya juga difahamkan bahawa MTIB turut menyediakan Program Sokongan Bahan Mentah iaitu dana pusingan berjumlah RM16 juta sebagai pinjaman tanpa faedah bagi membolehkan usahawan Bumiputera membuat perolehan bahan mentah kayu dalam pembuatan perabot dan produk bernilai tambah tinggi. Pembiayaan ini diberikan kepada usahawan Bumiputera yang mempunyai kontrak kerja yang telah dimuktamadkan dan masih berkuat kuasa. 

Secara kumulatifnya, sebanyak 139 kelulusan pinjaman diluluskan oleh MTIB kepada 42 syarikat dengan nilai keseluruhan pinjaman berjumlah RM29.4 juta daripada tahun 2012 hingga 2022. Manakala jumlah nilai kontrak kerja yang telah berjaya dimuktamadkan daripada pinjaman ini adalah berjumlah RM197.5 juta.


Selain itu, usaha untuk meningkatkan sumbangan Bumiputera perkayuan di dalam pasaran domestik juga diberi tumpuan. MTIB turut menganjurkan Wood & Lifestyle Fair di beberapa
buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka dan Sabah pada setiap tahun semenjak dilancarkan pada tahun 2016. Hasilnya adalah amat
menggalakkan di mana daripada tahun 2016 hingga ke tahun 2022 dengan nilai penganjuran berjumlah RM5.8 juta, usahawan bumiputera telah berjaya mencipta jualan sehingga RM52.5 juta
iaitu pulangan sebanyak hampir 10 kali ganda melalui penyertaan pameran dalam program tersebut.


Begitu juga untuk pasaran eksport, MTIB akan terus melaksanakan program dengan melibatkan penyertaan usahawan di pameran antarabangsa dan misi teknikal serta akses pasaran ke luar negara. Bagi program ini, dengan adanya data pemprofilan (profiling) usahawan yang sedang diusahakan oleh MTIB dapat memastikan usahawan yang benar-benar bersedia ke pasaran eksport diberi bimbingan yang bersesuaian termasuk aspek reka bentuk produk dan negara pasaran yang akan diterokai.


Hadirin yang dihormati sekalian,


Industri ukiran kayu merupakan salah satu industri yang mempunyai potensi yang amat besar dan menjamin pulangan yang memberangsangkan. Untuk itu, NTISP telah dirangka
dengan kerjasama pelbagai pihak demi mencapai matlamat yang unggul ke arah pengembangan industri ukiran Negara. Salah satu langkah yang sedang dilaksanakan oleh MTIB dalam
membantu industri ukiran adalah melalui peralihan teknologi menggunakan mesin berteknologi tinggi.


Untuk itu, MTIB turut melaksanakan Program Aplikasi Teknologi Pendigitalan Dalam Pembangunan Reka Bentuk Produk Kayu bagi membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran produk.
Melalui kaedah ini, pengukir dapat menghasilkan produk ukiran kayu dalam masa yang singkat dan dapat membuat jualan secara pukal berbanding dengan hanya menggunakan
peralatan asas sahaja.


Diharapkan lebih banyak kolaborasi boleh dilaksanakan padamasa hadapan dengan pemegang taruh industri perkayuan bagi memajukan sektor perkayuan demi kemampanan dan kemakmuran bersama. Akhir kata, dengan lafaz suci kalimah Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Wood & Lifestyle Fair (MTIB 50 Tahun Teguh Seiring Usia) sempena sambutan jubli emas 50 tahun MTIB.


Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN
YB DATUK HAJAH SITI AMINAH ACHING
TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

MAJLIS PERASMIAN
PROGRAM PEMANTAPAN MSPO PEKEBUN KECIL NEGERI SABAH
LAHAD DATU, SABAH

DEWAN SERBAGUNA PLASMA
STESEN PENYELIDIKAN MPOB LAHAD DATU, SABAH

SABTU, 18 FEBRUARI 2023


YB Datuk Mohammad Yusof Apdal
Ahli Parlimen Lahad Datu

Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir
Ketua Pengarah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Dif-dif jemputan,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam Malaysia Madani.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, kita dapat bersama-sama hadir ke Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Negeri Sabah di peringkat Daerah Lahad Datu, Sabah pada hari ini.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atas kesudian menjemput saya dalam majlis yang penuh bermakna pada hari ini. Kesempatan yang diberikan ini membolehkan saya bersemuka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang menjadi tulang belakang kepada industri sawit negara. Sumbangan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan dalam memacu kejayaan industri sawit amat saya hargai.

3. Penganjuran program pada hari ini merupakan salah satu pendekatan turun padang Kerajaan untuk bersemuka dengan pekebun kecil sawit terutamanya di Sabah selain menyampaikan penerangan dan hebahan maklumat mengenai Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan juga insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Industri sawit negara berdepan dengan pelbagai cabaran dan tohmahan terutama berkaitan isu kemampanan yang boleh menggugat pasaran produk sawit serta telah menjejaskan imej minyak sawit Malaysia. Pihak berkepentingan di luar negara sering mengaitkan penanaman sawit sebagai penyumbang kepada kemusnahan hutan, alam sekitar dan ancaman habitat semulajadi hidupan liar. Bagi menangkis tohmahan negatif ini, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuh imej industri sawit Malaysia. Salah satunya ialah Skim Pensijilan MSPO bagi memastikan pengeluaran minyak sawit secara mampan.

5. Pelaksanaan Pensijilan MSPO adalah berdasarkan peraturan dan amalan kemampanan yang memberi faedah kepada pekebun kecil seperti pengurusan Amalan Pertanian Baik (GAP), pematuhan kepada pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar dan peningkatan kualiti buah sawit, yang akhirnya meningkatkan pendapatan.

6. Justeru, penganjuran program pada hari ini mengenai Skim Pensijilan MSPO kepada pekebun kecil adalah sangat perlu dan penting. Kerajaan melalui MPOB komited untuk memastikan penanam sawit dapat memenuhi kriteria Pensijilan MSPO. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menyediakan bantuan merangkumi kos yuran Pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Tuan-tuan dan Puan-puan,

7. Kerajaan melalui MPOB giat melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan pembangunan pekebun kecil sawit persendirian. Antaranya ialah Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe).

8. Bagi Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), sebanyak 134 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah yang merangkumi keluasan 590.51 hektar kawasan tanaman sawit. Di daerah Lahad Datu sendiri, sebanyak lima (5) permohonan TSPKS telah diluluskan dengan kawasan tanaman sawit seluas 31.76 hektar.
9. Manakala, bagi Skim Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), sebanyak 34 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah dengan jumlah keluasan tanaman sawit adalah 169.26 hektar. Sukacita dimaklumkan bahawa enam (6) permohonan IPPKS telah diluluskan di daerah Lahad Datu, dengan keluasan 25.28 hektar.

10. Skim Insentif Integrasi Ternakan (ITe) bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian. Di Sabah, sebanyak 184 projek integrasi ternakan telah diluluskan sehingga 31 Januari 2023 yang terdiri daripada 128 projek ayam dan 56 projek itik. Bagi daerah Lahad Datu, sebanyak lima (5) projek telah diluluskan yang terdiri daripada dua (2) projek ayam dan tiga (3) projek itik.

11. Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) pula diperkenalkan dengan objektif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum. Program integrasi ini melibatkan tanaman kontan pisang, jagung, tembikai, betik, dan nanas. Sehingga akhir bulan Januari 2023, sebanyak 18 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah yang terdiri daripada enam (6) projek pisang, 11 projek nanas dan satu (1) projek tembikai.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

12. Bagi program pembangunan pekebun kecil sawit, Kerajaan juga menggalakkan penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Tujuan penubuhan KPSM ini adalah untuk membantu pekebun kecil bagi menjalankan aktiviti ekonomi melalui Amalan Pertanian Baik (GAP) dan jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang.

13. Sehingga Januari 2023, sebanyak 69 buah KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 27 daripadanya beroperasi di Negeri Sabah. Jumlah keahlian bagi KPSM di Negeri Sabah adalah seramai 2,537 orang peserta. Saya dimaklumkan bahawa keahlian KPSM Daerah Tungku Berhad sehingga hari ini adalah seramai 104 orang. Justeru, saya menggesa lebih ramai pekebun kecil di daerah Lahad Datu ini untuk menyertai KPSM.

14. Saya difahamkan, sebanyak 69 buah Pusat Timbang KPSM telah siap dibina sepenuhnya di seluruh Malaysia sehingga hujung bulan Januari 2023, dengan jumlah jualan buah tandan segar (BTS) mencecah 437,157.16 tan. Purata jualan bagi satu pusat timbang adalah sebanyak 535 tan sebulan. Secara amnya, hampir 7,943 orang pekebun kecil sawit mendapat manfaat dari kewujudan KPSM ini apabila pesaing-pesaing juga telah meningkatkan tawaran harga kepada pekebun kecil setara dengan tawaran harga KPSM. Kerajaan melalui MPOB memperuntukkan RM200,000 kepada KPSM bagi pembinaan pusat timbang.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

15. Tanaman sawit di Lahad Datu ini telah memberi banyak faedah terutamanya dalam membangunkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Dengan pelbagai bantuan dan insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan, saya amat berharap pengeluaran hasil sawit pekebun-pekebun kecil dapat ditingkatkan seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pekebun-pekebun kecil di daerah Lahad Datu atas usaha-usaha yang telah dicurahkan dalam pembangunan industri sawit di daerah ini.

16. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Negeri Sabah, peringkat daerah Lahad Datu.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN PERASMIAN
YB DATUK HAJAH SITI AMINAH ACHING
TIMBALAN MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

MAJLIS PERASMIAN
PUSAT TIMBANG KPSM BEAUFORT SABAH BERHAD

DEWAN PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH (PBBS)
BEAUFORT, SABAH
AHAD, 19 FEBRUARI 2023


YBhg. Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ Liasnih
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias

YB. Datuk Limus bin Jury
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu

Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir
Ketua Pengarah
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Yang Berusaha Encik Jonathan Isaac Chong June Yung
Pengerusi KPSM Beaufort Sabah Berhad

Dif-dif jemputan,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Selamat Pagi dan Salam Malaysia Madani.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, kita dapat bersama-sama hadir pada Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Negeri Sabah di peringkat daerah Beaufort, Sabah pada hari ini.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Beaufort Sabah Berhad atas kesudian menjemput saya dalam majlis yang penuh bermakna pada hari ini. Kesempatan yang diberikan ini membolehkan saya bersemuka dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang menjadi tulang belakang kepada industri sawit negara. Sumbangan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan dalam memacu kejayaan industri sawit amat saya hargai.

3. Penganjuran program pada hari ini merupakan salah satu pendekatan turun padang Kerajaan untuk bersemuka dengan pekebun kecil sawit terutamanya di Sabah selain menyampaikan penerangan dan hebahan maklumat mengenai Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan juga insentif-insentif yang disediakan oleh Kerajaan.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

4. Industri sawit negara berdepan dengan pelbagai cabaran dan tohmahan terutama berkaitan isu kemampanan yang boleh menggugat pasaran produk sawit serta telah menjejaskan imej minyak sawit Malaysia. Pihak berkepentingan di luar negara sering mengaitkan penanaman sawit sebagai penyumbang kepada kemusnahan hutan, alam sekitar dan ancaman habitat semulajadi hidupan liar. Bagi menangkis tohmahan negatif ini, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan imej industri sawit Malaysia. Salah satunya ialah Skim Pensijilan MSPO bagi memastikan pengeluaran minyak sawit secara mampan.


5. Pelaksanaan Pensijilan MSPO adalah berdasarkan peraturan dan amalan kemampanan yang memberi faedah kepada pekebun kecil seperti pengurusan Amalan Pertanian Baik (GAP), pematuhan kepada pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar dan peningkatan kualiti buah sawit, yang akhirnya dapat meningkatkan pendapatan.

6. Justeru, penganjuran program pada hari ini mengenai Skim Pensijilan MSPO kepada pekebun kecil adalah sangat perlu dan penting. Kerajaan melalui MPOB komited untuk memastikan penanam sawit dapat memenuhi kriteria Pensijilan MSPO. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menyediakan bantuan merangkumi kos yuran Pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Tuan-tuan dan Puan-puan,

7. Kerajaan melalui MPOB giat melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan pembangunan pekebun kecil sawit persendirian. Antaranya ialahSkim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe).

8. Bagi Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), sebanyak 134 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah yang merangkumi keluasan 590.51 hektar kawasan tanaman sawit. Di daerah Beaufort, sebanyak tujuh (7) permohonan TSPKS telah diluluskan dengan kawasan tanaman sawit seluas 17.61 hektar.
9. Manakala, bagi Skim Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), sebanyak 34 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah dengan jumlah keluasan tanaman sawit adalah 169.26 hektar. Saya dimaklumkan bahawa tiada permohonan bagi Skim IPPKS diterima di daerah Beaufort.

10. Skim Insentif Integrasi Ternakan (ITe) bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian. Di Sabah, sebanyak 184 projek integrasi ternakan telah diluluskan sehingga 31 Januari 2023 yang terdiri daripada 128 projek ayam dan 56 projek itik. Bagi daerah Beaufort, sebanyak enam (6) projek telah diluluskan yang terdiri daripada empat (4) projek ayam dan dua (2) projek itik.

11. Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) pula diperkenalkan dengan objektif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum. Program integrasi ini melibatkan tanaman kontan pisang, jagung, tembikai, betik, dan nanas. Sehingga akhir bulan Januari 2023, sebanyak 18 permohonan telah diluluskan di Negeri Sabah yang terdiri daripada enam (6) projek pisang, 11 projek nanas dan satu (1) projek tembikai.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

12. Bagi program pembangunan pekebun kecil sawit, Kerajaan juga menggalakkan penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM). Tujuan penubuhan KPSM ini adalah untuk membantu pekebun kecil bagi menjalankan aktiviti ekonomi melalui Amalan Pertanian Baik (GAP) dan jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang.

13. Sehingga Januari 2023, sebanyak 69 buah KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 27 daripadanya beroperasi di Negeri Sabah. Jumlah keahlian bagi KPSM di Negeri Sabah adalah seramai 2,537 orang peserta. Saya dimaklumkan bahawa keahlian KPSM Beaufort Sabah Berhad sehingga hari ini adalah seramai 27 orang. Justeru, saya menggesa lebih ramai pekebun kecil di daerah Beaufort ini untuk menyertai KPSM.

14. Saya difahamkan, sebanyak 69 buah Pusat Timbang KPSM telah siap dibina sepenuhnya di seluruh Malaysia sehingga hujung bulan Januari 2023, dengan jumlah jualan buah tandan segar (BTS) mencecah 437,157.16 tan. Purata jualan bagi satu pusat timbang adalah sebanyak 535 tan sebulan. Secara amnya, hampir 7,943 orang pekebun kecil sawit mendapat manfaat dari kewujudan KPSM ini apabila pesaing-pesaing juga telah meningkatkan tawaran harga kepada pekebun kecil setara dengan tawaran harga KPSM. Kerajaan melalui MPOB memperuntukkan RM200,000 kepada KPSM bagi pembinaan Pusat Timbang.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

15. Tanaman sawit di Beaufort ini telah memberi banyak faedah terutamanya dalam membangunkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Dengan pelbagai bantuan dan insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan, saya amat berharap pengeluaran hasil sawit pekebun-pekebun kecil dapat ditingkatkan seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pekebun-pekebun kecil di daerah Beaufort atas usaha-usaha yang telah dicurahkan dalam pembangunan industri sawit di daerah ini.

16. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil Negeri Sabah, peringkat daerah Beaufort dan juga Pusat Timbang KPSM Beaufort Sabah Berhad.

Sekian, terima kasih.