PENGENALAN
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.
Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan dikenali sebagai MPIC. Pada tahun 2018, MPIC telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Industri Utama (MPI). Pada tahun 2020, MPI telah dinamakan semula kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Pada Disember 2022, MPIC telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Kementerian Perladangan dan Komoditi bertanggungjawab dalam prestasi sektor agrikomoditi dari pengeluaran, pemprosesan dan dari pembuatan sehingga ke pemasaran. Sektor ini telah berkembang dari pengeluaran dan pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan produk separa proses, produk yang telah diproses dan produk akhir, seterusnya menjana lebih banyak produk bernilai tambah dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Subsektor agrikomoditi yang merangkumi minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf menjadi antara pemacu ekonomi negara yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan dalam masa yang sama menjana pendapatan terutamanya kepada pekebun kecil. Enam agensi di bawah kementerian bergerak seiring dalam perkembangan sektor komoditi. Antaranya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Lima majlis turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan sektor agrikomoditi negara di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Antaranya Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Getah Malaysia, Majlis Kayu Kayan Malaysia, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia.
Diagram Sejarah Kementerian
FUNGSI
AGENSI
Melaksana dasar dan program pembangunan
Menjalankan dan menggalak aktiviti penyelidikan dan pembangunan
MAJLIS
Mempromosikan sektor komoditi berkaitan
ANAK SYARIKAT
Menjalankan aktiviti berunsurkan keuntungan dalam sektor komoditi berkaitan
INSTITUT
Menjadi unit latihan pusat bagi institusi latihan semua Agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YAYASAN
Menggalakkan kajian keberkesanan usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar dan kepelbagaian biologi
PENERAJU KEMENTERIAN
MENTERI Minister |
TIMBALAN MENTERI Deputy Minister |
KETUA SETIAUSAHA Secretary General |
|
|
|
SEJARAH PENERAJU KEMENTERIAN DARI TAHUN 1981
MENTERI | TIMBALAN MENTERI | KETUA SETIAUSAHA | |
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli |
|||
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof 03 Disember 2022 hingga 12 Disember 2023 |
YB Datuk Hajjah Siti Aminah Binti Aching 12 Disember 2022 hingga 12 Disember 2023 |
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli 18 Mei 2023 |
|
|
|||
YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin |
YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng |
YB Datuk Willie Anak Mongin 30 Ogos 2021 -30 November 2022 |
YBhg. Datuk Ravi Muthayah |
YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 |
YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 |
YB Datuk Willie Anak Mongin 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 |
YBhg. Dato' Dr. Tan Yew Chong 7 Januari 2019 – 23 Disember 2019 |
YB. Puan Teresa Kok 2 Julai 2018 – 25 Februari 2020 |
YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj Mohd Akin 2 Julai 2018 – 25 Februari 2020 |
YBhg. Datuk Zurinah Pawanteh 2 Julai 2018 – 6 Januari 2019 |
|
YB. Datuk Seri Mah Siew Keong 28 Jun 2016 – 9 Mei 2018 |
YB. Datuk Datu Nasrun Datu Mansur 28 Jun 2016 – 9 Mei 2018 |
YBhg. Datuk K. Yogeesvaran 9 Ogos 2017 – 31 Mei 2018 |
|
YB. Datuk Amar Douglas Uggah Embas 16 Mei 2013 – 12 Mei 2016 |
YB. Tan Sri Noriah Kasnon (Allahyarhamah) 16 Mei 2013 – 5 Mei 2016 |
YBhg. Datuk M. Nagarajan 16 Mei 2016 – 24 Jun 2017 |
|
YB. Tan Sri Bernard Dompok 10 April 2009 – 5 Mei 2013 |
YB. Dato’ Hamzah Zainudin 10 April 2009 – 5 Mei 2013 |
YBhg. Datuk Dr. Sundaran Annamalai (Mendiang) 16 Disember 2015 – 5 Mei 2016 |
|
YB. Datuk Peter Chin Fah Kui 27 Mac 2004 – 9 April 2009 |
YB. Dato’ G. Palanivel 3 Mei 2010 – 12 Julai 2011 |
YBhg. Datuk Himmat Singh 21 Julai 2014 – 15 Disember 2015 |
|
YABhg. Tun Lim Keng Yaik (Mendiang) 11 Ogos 1986 – 26 Mac 2004 |
YB. Senator A. Kohilan Pillay 2008 – 2009 |
YBhg. Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim 25 Februari 2011 – 18 Ogos 2014 |
|
YB. Dato’ Paul Leong Khee Seong 28 Julai 1978 – 10 Ogos 1986 |
YB. Datuk Anifah Hj. Aman 1999 – 2007 |
YBhg. Datuk Wira Ismail Saleh 26 Mei 2008 – 24 Februari 2011 |
|
TYT. Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud 1 Januari – 27 Julai 1978 |
YB. Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein 1997 – 1999 |
YBhg. Datu Dr. Michael Dosim Lunjew 16 Mei 2005 – 24 Mei 2008 |
|
YABhg. Tun Musa Hitam 5 September 1974 – 31 Disember 1977 |
YB. Puan Siti Zainab Abu Bakar 1995 – 1997 |
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Abdullah Moh Tahir 30 Disember 2000 – 11 Februari 2003 |
|
TYT. Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud 1 Januari 1972 – 4 September 1974 |
YB. Tengku Dato’ Hj. Mahmud Mansor 1990 – 1994 |
YBhg. Dato’ Haron Siraj 13 September 1996 – 29 Disember 2000 |
|
YB. Dato’ Alias Md. Ali 1987 – 1990 |
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Othman Yeop Abdullah 21 April 1993 – 12 September 1996 |
||
YB. Dato’ Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad 1986 |
YBhg. Tan Sri Dato’ Wong Kum Choon 1 September 1985 – 20 April 1992 |
||
YB. Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (Allahyarham) 1984 – 1986 |
YBhg. Tan Sri Dato’ G.K. Rama Iyer 1 Mac 1981 – 31 Ogos 1985 |
||
YB. Tuan Hj. Bujang Hj. Ulis 1981 – 1984 |
YBhg. Datuk Wong Yoke Meng 2 Januari 1979 – 28 Februari 1981 |
||
YB. Dato’ Paul Leong Khee Seong 1975 – 1977 |
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Arshad Ayob 16 Oktober 1978 – 1 Januari 1979 |
||
YM Tengku Tan Sri Ngah Mohamed 21 Januari 1974 – 15 Oktober 1978 |
|||
YBhg. Dato’Abdul Aziz Ismail 1 Januari 1972 – 20 Januari 1974 |