MENGENAI KAMI
Perpustakaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP), KPK.
OBJEKTIF
Perpustakaan KPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.
WAKTU PERKHIDMATAN
Isnin hingga Khamis:
8.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat:
8.00 pagi – 12.15 tengah hari
12.15 tengah hari – 2.45 petang (Tutup)
2.45 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum:
Tutup
PERKHIDMATAN
Perpustakaan KPK menyediakan kemudahan peminjaman buku, jurnal, akta dan bahan berkaitan Sektor Agrikomoditi. Selain itu, kami juga menyediakan lawatan ke perpustakaan, menyelaras program galakan membaca, book sharing dan sumber rujukan dokumentasi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.
Mereka yang berminat untuk hadir ke perpustakaan atau berhasrat untuk mendapatkan bahan berkaitan, dimohon untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada perpustakaan [AT] kpk [DOT] gov.my
KEMUDAHAN
Perpustakaan KPK turut dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang lengkap bagi keselesaan pengguna seperti berikut:
- Ruang Bacaan Umum
Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum seramai 212 pengguna.
- Ruang Bacaan Santai
Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum seramai 15 pengguna.
- Ruang Seminar/Kursus
Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.
- Ruang Pameran Bertema
Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPK.
- Wifi
Kemudahan internet tanpa wayar.
- Kapasiti Pengguna
[ 1 ] Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 20 orang
[ 2 ] Ruang Bacaan Santai (Sofa) 8 orang
[ 1 ] Ruang Seminar/Kursus 30 orang
Koleksi Perpustakaan KPK terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara Sektor Agrikomoditi yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga KPK, Agensi dan Majlis. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.
Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.
- Koleksi Pinjaman
Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga KPK sahaja.
- Koleksi Rujukan
Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.
- Koleksi Komoditi
Koleksi terbitan Komoditi.
- Koleksi Jurnal
Koleksi jurnal dalam dan luar negara.
- Koleksi Majalah
Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.
- Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid
Koleksi jurnal, majalah yang telah dijilid mengikut tahun.
- strong>Koleksi Laporan Tahunan
Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
- Koleksi Peperiksaan Kerajaan
Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga KPK.
- strong>Koleksi Fiksyen
Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
- Koleksi Perundangan
Koleksi warta kerajaan dan pekeliling.
- Koleksi Media
Koleksi audio visual dalam bentuk disk.
Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu Perkhidmatan u-Pustaka. Perkhidmatan perpustakaan digital negara ini dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di pautan www.u-pustaka.gov.my.
u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.
Peraturan Am dan Polisi Pinjaman Bahan Perpustakaan adalah seperti berikut:
PERATURAN AM
- Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi
- Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya
- Tempahan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum penggunaan ruang perpustakaan
- Pengguna yang membuat salinan fotostat adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas AKTA HAKCIPTA 1987
- Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan
- Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan
- Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan
- Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod
- Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum
- Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan
POLISI PINJAMAN
- Pinjaman terbuka kepada semua warga KPK, Agensi dan Majlis sahaja
- Pinjaman bahan dibenarkan lima (5) naskah sahaja (Monograf) dan tiga (3) naskah sahaja (Majalah)
- Pembaharuan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara terus ke kaunter perkhidmatan Perpustakaan KPK
- Koleksi rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.
- Peminjam harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan yang telah dipinjam dari perpustakaan dengan memulangkan buku tepat pada tarikh pemulangan dan memastikan buku berada dalam keadaan seperti sedia kala tanpa kerosakan.
- Peminjam dinasihatkan agar sentiasa menyemak tarikh pemulangan bahan perpustakaan bagi memastikan bahan dipulangkan pada tarikh yang telah ditetapkan
Program Galakan Membaca : Sedang dikemaskini
OPAC Perpustakaan : Sedang dikemaskini
Penerbitan KPK : Sedang dikemaskini
LOKASI KAMI
PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP)
Aras 7,
Persiaran Perdana, Presint 2
62654 Putrajaya, MALAYSIA
Telefon : 03-88803442/ 03-88878346
Emel : perpustakaan [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila e-mel kepada:
Cik Nurhafiza binti Jalil
Pustakawan
nurhafiza [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88803442
Puan Norhaizah Maziah binti Jafar Sidik
Pembantu Perpustakaan
norhaizah [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88878346