YB Willie Mongin Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyantuni Petugas Barisan Hadapan yang bertungkus-lumus berusaha mengekang penularan wabak Covid-19 di kawasan Parlimen Puncak Borneo, Sarawak. Turut disampaikan sumbangan berupa face mask dan sarung tangan perubatan kepada Klinik Kesihatan Teng Bukap Padawan, Balai Polis Serian, Balai Bomba dan Penyelamat Serian, Klinik-klinik Komuniti dan Kesihatan Bayur, Pejabat Daerah Kecil Padawan serta penduduk setempat di sekitar kawasan P.198 Puncak Borneo.