Piagam Pengukuran Pelanggan Kementerian Perladangan dan Komoditi (selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Piagam Pelanggan KPK pada 15 September 2023)
PENYEDIAAN MAKLUM BALAS
Menyediakan maklum balas berkaitan dasar KPK kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja.
STATISTIK AGRIKOMODITI
Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi seperti berikut:;
- Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web KPK sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
- Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web Pangkalan Data Komoditi (PDC) sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
- Menerbit dan mengedarkan Poket Stats Agricomodity sebanyak 4 kali setahun;
- Menyebarkan maklumat mengenai harga harian berkaitan komoditi utama pada setiap hari bekerja.
PENGURUSAN PEROLEHAN
- Menyediakan Surat Setuju Terima dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan/ keputusan pemilihan pembekal/ kontraktor/ perunding;
- Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan; dan
- Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan (supplementary agreement) dalam tempoh dua (2) bulan selepas surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.
PEMBAYARAN BIL
- Memastikan 90 peratus pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari; dan
- Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.
ADUAN PELANGGAN
Memastikan semua aduan pelanggan diberi:
- Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;
- Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari.
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
- Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi KPK pada 99.5%; dan
- Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.
LESEN BIOBAHAN API
- Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Ministry of Plantation and Commodities
No. 15, Level 5-13,
Persiaran Perdana,
Precint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA
Emel : ukk [@] kpk.gov.my
No. Telefon: 03-88803371