YB Tuan Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menghadiri Taklimat Industri Getah yang berlangsung di Lembaga Getah Malaysia Wilayah Sarawak, Kuching, Sarawak. Beliau turut mengadakan sesi dialog bersama warga LGM Wilayah Sarawak dan seterusnya menyempurnakan upacara menanam anak pokok getah.