Satu Sesi Taklimat Khas mengenai Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri iaitu YB Tuan Willie Mongin dan YB Dato' Seri Dr Wee Jeck Seng serta YBhg. Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.