YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Bersama Ahli Parimen Kuala Nerus di Perkarangan Pasar Batu Enam, Bukit Tunggal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu hari ini. Beliau menyerahkan dan melekatkan Jalur Gemilang di beberapa kenderaan awam serta mengedarnya kepada peniaga dan orang ramai di sekitar kawasan Pasar Batu Enam. Hadir sama YBrs. Tuan Azahar bin Ismail, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu.