YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi merasmikan Program Jom MSPO Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu hari ini. Beliau turut menyampaikan Sijil MSPO dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada penerima yang layak serta mengadakan sesi dialog bersama pekebun kecil sawit. Turut hadir YB Datuk Hj Ahmad Jazlan Yaakub, Pengerusi MPOB.