YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih bagi pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) kepada TITIJAYA LAND BERHAD yang telah menyumbang face mask sebanyak 3000 unit. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Group Managing Director, YBrs. Tan Sri Lim Soon Peng diiringi YBrs. Dato' Faizal Hj Abdullah Corporate Advisor pada 22.04.2020 di Putrajaya.