YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama telah menghadiri Majlis Taklimat MSPO Penanam Sawit Johor pada 30.01.2020 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Beliau turut mengadakan sesi dialog bersama penanam sawit dan mendengar permasalahan yang dihadapi pekebun kecil. Hadir sama YBrs. Dr. Ahmad Parveez Hj Ghulam Kadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan YBrs. Encik Chew Jit Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPOCC).