YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini menyampaikan ucapan penutup sempena Majlis Penutupan Kursus Lanjutan Teknologi Koko Pasca Tuai Dan Bantuan Prihatin Koko 2020 di Hotel Perkasa, Mount Kinabalu, Ranau, Sabah. Hadir sama YBrs. Dr. Aliakhbar Gulasan, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia YB Menteri turut menyerahkan input dan peralatan Bantuan Prihatin Koko PRE 2020 Negeri Sabah kepada tujuh orang wakil petani antaranya dari Ranau, Kota Belud dan Telupid.
Beliau turut meluangkan masa melawat syarikat pengeluaran koko dan melihat cara pembuatan coklat di Cocoa Kingdom, Kota Kinabalu.