YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merasmikan Majlis Pelancaran Aplikasi RRIMniaga p APLIKASI RRIMNIAGA dan Pembukaan Panel Torehan Peserta Getah untuk PRIBUMI (GUP) anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM)
RRIMniaga merupakan satu aplikasi telefon pintar untuk merekodkan urus niaga getah yang digunakan oleh pelesen/pembeli/peraih yang dibangunkan secara dalaman oleh Lembaga Getah Malaysia.
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2015, adalah inisiatif jangka masa panjang untuk menangani impak kejatuhan harga getah ke atas pekebun kecil getah. Sejak diperkenalkan, sehingga 31 Ogos 2020, sebanyak RM368.8 juta telah dibelanjakan untuk bayaran tuntutan IPG.
Manakala, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, LGM telah memproses sejumlah 597,086 permohonan tuntutan IPG di seluruh negara dan sebanyak RM125.6 juta telah dibayar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Khairul Shahril bin Mohamed EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Bota
YB Khairuddin bin Abu Hanipah ADUN Belanja
YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi) KPPK
YH Dato Dr Zairossani Mohd Nor Ketua Pengarah LGM
YBrs Tuan Haji Muhammad Ismi Hj Mat Taib Pengerusi, Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC)
YBrs. Mohd Arif Bin Ismail Pengarah RISDA Negeri Perak
YBrs. Wan Mohd Ridhuan Bin Mohamad Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Perak
YBrs. Puan Rozalinawati Binti Che Roslee, Pegawai Daerah Perak Tengah