Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, YB Tuan Willie Mongin telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemprosesan Biji Benih Kenaf di Jitra, Kedah pada 15.06.2020. YB Menteri KPPK turut diberi taklimat dan melihat demonstrasi pemprosesan biji benih kenaf serta menyampaikan Bantuan Prihatin Kenaf 2020 pada penerima yang layak. Hadir sama YBhg. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi) serta YBrs. Tuan Haji Idris Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) LKTN.