Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, YB Tuan Willie Mongin telah mengadakan lawatan ke Global Testing and Consultancy for Rubber (G-TACR) di Pusat Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah pada 15.06.2020. Beliau turut mengadakan lawatan ke Ladang Begia, Kedah serta menyampaikan pemberian Skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun getah yang terpilih. Hadir sama YBhg. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi) dan YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM.