YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) mengadakan Lawatan Kerja ke kilang pemprosesan Pati Minyak Gaharu (PMG) yang bertujuan untuk melihat pembangunan perusahaan pembuatan PMG di negara ini.
Selain itu, menyaksikan sendiri penglibatan penduduk luar bandar dan masyarakat di dalam sektor industri gaharu bermula dengan fasa perladangan, proses inokulasi pada pokok karas, pemprosesan gaharu (blok dan serpih), pemprosesan PMG dan pemasaran produk di pasaran tempatan serta antarabangsa yang dilaksanakan oleh syarikat Oud Agarwood Sdn Bhd di Kuala Balah, Jeli, Kelantan.
YB Menteri turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri gaharu untuk mendengar pandangan mereka dalam usaha memperluaskan lagi potensi industri ini sehingga ke peringkat hiliran seperti usahawan wangian berasaskan gaharu dan lain-lain.
Turut serta adalah dalam sesi Lawatan Kerja berkaitan adalah YBhg. Encik Mohd Kheiruddin bin Mohd Rani, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Taklimat diberikan oleh YBrs. En Roslan Osman, Pengusaha syarikat Oud Agarwood Sdn Bhd di Kuala Balah, Jeli, Kelantan.