YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengadakan lawatan kerja ke ladang karas bagi melihat proses inokulasi dan penghasilan gaharu di Empangan Jus, Jasin, Melaka hari ini. Beliau kemudiannya mengadakan perbincangan dengan Persatuan Usahawan Karas dan Gaharu Bumiputera. Hadir sama YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi serta YBrs. Encik Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah MTIB.