Kunjungan Hormat YB Tuan Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama delegasi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Agensi Ke Atas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat & Pembangunan Wilayah, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Mesyuarat memfokuskan kepada aspek memperkasakan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam industri perladangan getah, koko, lada dan kayu-kayan.
Turut serta dalam kunjungan kali ini ialah YBhg. Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) serta YBrs. Encik Stanley Liew Joo Kong, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (MPB).