Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali dan YB Tuan Willie Mongin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah pada 16.06.2020 bertempat di Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
Sesi sumbangsaran perkara-perkara berkaitan agrikomoditi yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor (Ketua Pengarah LGM), YBrs. Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani (Ketua Pengarah MTIB) dan YBrs. Tuan Haji Idris Mohd Salleh (Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Operasi LKTN).
Hadir sama YBhg. Encik Ravi Muthayah, KSU Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi dan YBhg. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi) KPPK.