YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerima Kunjungan Hormat Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) di pejabat beliau di Putrajaya.
Kunjungan tersebut dihadiri oleh YBhg. Dato' Low Kian Chuan, Pengerusi MTC dan YBrs. Encik Wong Kah Cane, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MTC.
YB Menteri diberi taklimat mengenai prestasi, cabaran, pembangunan industri serta beberapa perancangan strategik yang dirangka bagi pembangunan berterusan industri kayu kayan di Malaysia oleh MTC