Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Perladangan Komuniti Bersama Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) Dengan Kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Syarikat Plus Intervest Sdn. Bhd., Batu Kikir, Ulu Jempol, Negeri Sembilan.
YB Menteri turut menyerahkan 10 anak pokok kepada wakil penduduk dan Pengetua Sekolah. Beliau kemudiannya mengadakan lawatan ke pameran serta melawat kilang memprosesan kayu dan pengupasan kayu balak.
Hadir sama YBrs. Dr. Khali Aziz bin Hamzah, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan YBhg. Datuk Wira Sheikh Othman Rahman, Pengerusi Persatuan Pengilang Papan Lapis Malaysia (MPMA).