YBhg. Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merasmikan Bengkel Konsultansi Pelan Tindakan Strategik Industri Perkayuan Negara (2021-2025) anjuran Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
YBhg. Tuan Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah MTIB juga telah membuat pembentangan berkenaan Status Semasa Industri Perkayuan Negara (Isu dan Cabaran) dalam bengkel ini.
Lima (5) fokus Hala Tuju Utama yang dibincangkan dalam bengkel ini ialah Raw Materials & Industry Sustainability, Innovation, Technology & Industrial Support, Human Capital & Productivity, Marketing & Trade Development dan Enhancement of Bumiputera Participation.