PENGENALANAGENSIPERKHIDMATANAKTAPROGRAMPRESTASI INDUSTRISOALAN LAZIMHUBUNGI KAMI

PENGENALAN

 

INDUSTRI KENAF

  • Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus merupakan tanaman jangka pendek, berserat dan menyerupai pokok bendi. Kenaf berasal daripada Afrika.
  • Tempoh matang pokok kenaf adalah antara 120 - 150 hari.
  • Batang kenaf yang telah diproses menghasilkan fiber dan core. Kedua-dua elemen ini digunakan dalam penghasilan produk berkualiti dan mesra alam (green product) seperti produk biokomposit, biodegradable utensil (BDU), panel, bedding serta makanan ternakan.
  • Tanaman kenaf mula diperkenalkan secara komersial melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada tahun 2010 sebagai alternatif kepada tanaman tembakau.
  • Industri kenaf kini giat dibangunkan dan menjadi sumber pendapatan baharu untuk pekebun kecil.

 

Gambar Kenaf

 

INDUSTRI TEMBAKAU

  • Malaysia merupakan antara negara yang menyertai World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang mewajibkan pelaksanaan langkah-langkah yang berkesan bagi melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap tembakau.
  • Bermula tahun 2010, pengilang rokok lebih cenderung untuk mengimport tembakau dari luar negara sejajar dengan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang menjadikan harga tembakau lebih kompetitif dan murah berbanding pasaran tempatan. Kini, pengilangan rokok pasaran tempatan menggunakan 100% tembakau yang diimport.
  • Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia serta menyelaras aktiviti berkaitan industri tembakau di Malaysia.

 

Gambar Tembakau

 

PERKHIDMATAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyediakan perkhidmatan berkaitan industri berikut:

Perkhidmatan Kenaf

 

PROGRAM

 

Antara program yang diadakan bagi industri kenaf melalui LKTN termasuklah:

  • Pembangunan Pusat Pemprosesan Kenaf Insitu (PPKI)
  • Pembangunan Ladang Kluster Kenaf
  • Integrated Kenaf Industrial Park (IKIP)
  • Kenaf Untuk Rakyat (KUR)
  • Skim Pendapatan Rakyat Melalui Kenaf (SPARK)
  • Pembinaan Rumah Integrated Building System (IBS) Kenaf
  • Kenaf Industry Update

 

 Kenaf Program 1

 

Kenaf Program 2

 

 

PRESTASI INDUSTRI KENAF

BM Prestasi Industri

LUAS TANAMAN KENAF MENGIKUT NEGERI

Peta Penanaman Kenaf

 

SOALAN LAZIM

1. Apakah itu kenaf?

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan China, Myanmar dan Indonesia.

 

2. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan industri kenaf dan tembakau?

Bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan industri kenaf dan tembakau, individu/syarikat boleh berhubung dengan pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di talian 09-766 8000.

 

3. Apakah jenis bantuan/insentif yang disediakan dalam industri kenaf?

Dalam usaha menggalakkan penanaman kenaf, MPIC melalui LKTN menyediakan insentif tanaman kenaf RM2,385/hektar bagi tujuan pengeluaran fiber dan RM3,000/hektar bagi pengeluaran benih kenaf kepada pekebun kecil. Insentif ini turut meliputi input pertanian seperti baja dan racun, perkhidmatan mekanisani, bekalan biji benih kenaf yang berkualiti serta insentif pembelian kenaf.

 

4. Apakah perundangan subsidiari bagi industri tembakau di bawah seliaan LKTN?

Industri Tembakau adalah tertakluk kepada Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692) serta Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau).

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Industri Kenaf dan Tembakau, sila hubungi:

 

BAHAGIAN KEMAJUAN INDUSTRI KAYU-KAYAN, TEMBAKAU DAN KENAF (KTK)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)

Tingkat 3, Blok B, Menara Tulus
No. 22 Persiaran Perdana, Presint 3
62100 Putrajaya
No. Telefon: 603-8892 1611     No. Faks: 603-8892 1702
Email : ktk [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my