LATAR BELAKANGOBJEKTIFFUNGSI BAHAGIANPIAGAM PELANGGANCARTA ORGANISASIKPI & PENCAPAIANOACP KPKAKTIVITI 2025

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti ditubuhkan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam di KPK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.

 

Penubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam KPK. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

  • Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

  • Pengesanan dan Pengesahan
    i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
    ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

  • Pengurusan Aduan 
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

PIAGAM PELANGGAN


1. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
2. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integeriti dalam organisasi;
3. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
4. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
5. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; dan
6. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.


 

 

CARTA ORGANISASI UI KPK

 Dikemaskini pada 3 November 2025

 

Ruangan ini sedang dikemaskini

Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)

 

OACP 2021 2026 RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPPK
2021-2026
 MUAT TURUN

 

 

Ruangan ini sedang dikemaskini

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada :

Ketua Unit,
Unit Integriti
Kementerian Perladangan dan Komoditi

Emel : ui[@]kpk[.]gov[.]my