LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Perladangan dan Komoditi telah di tubuhkan pada tahun 2004. Pada awal penubuhannya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada 26 Julai 2016, bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi menyesuaikan skop fungsi dan tanggungjawab bahagian ini.
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan ICT kepada semua bahagian di Kementerian dan semua agensi dan majlis di bawah kementerian.
Di samping menyediakan kemudahan ICT dan membangunkan sistem aplikasi yang cekap dan berkesan, bahagian ini juga bertanggungjawab mempertingkatkan keupayaan dan penggunaan ICT dari masa ke semasa sebagai satu usaha menyokong kementerian dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.
Bahagian Pengurusan Maklumat mempunyai seramai 16 kakitangan yang terdiri daripada 5 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, 6 orang daripada Kumpulan Pelaksana dan 5 orang Kumpulan Sokongan.
VISI
- ICT sebagai pemangkin pemodenan pengurusan sektor agrikomoditi.
MISI
- Memperkasa dan membudayakan penggunaan ICT dalam pendigitalan maklumat komoditi ke arah pemodenan sektor agrikomoditi
FUNGSI BAHAGIAN
Fungsi-fungsi utama BPM adalah seperti berikut:
- Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) bagi KPK;
- Menyedia, melaksana, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Polisi Keselamatan Siber ;
- Merancang, menyedia dan mengawal peruntukan belanjawan mengurus dan pembangunan ICT;
- Merancang dan mengurus e-mel Kementerian;
- Melaksanakan tugas keurusetiaan kepada Mesyuarat ICT Kementerian seperti berikut:
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT)
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian (JTICT)
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web Kementerian
- Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ISMS
- Membangun, mengemaskini dan menyelenggara laman web Kementerian;
- Membangun, mengemaskini dan menyelenggara sistem aplikasi;
- Mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi maklumat;
- Mengurus perkhidmatan komunikasi dan rangkaian;
- Menguruskan Bilik Server KPK;
- Mengurus perolehan keperluan teknologi maklumat;
- Menyedia perkhidmatan bantuan teknikal dan khidmat nasihat (helpdesk);
- Membangunkan produk multimedia;
- Menguruskan latihan teknologi maklumat;
- Menguruskan sidang video; dan
- Penyelaras, urusetia dan pelaksana ISMS Kementerian.
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
Tarikh Kemaskini: 4 OGOS 2025