LATAR BELAKANGOBJEKTIFFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIKPI & PENCAPAIANOACP KPKAKTIVITI 2026DOKUMEN

LATAR BELAKANG

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SP.1.2.1 memaklumkan bahawa Unit Integriti ditubuhkan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam di KPK mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.

 

Penubuhan Unit Integriti merupakan usaha kawalan dalaman untuk menguruskan integriti dalam KPK. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

  • Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

  • Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

  • Pengesanan dan Pengesahan
    i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
    ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab

  • Pengurusan Aduan 
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

  • Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

  • Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

 

CARTA ORGANISASI UI KPK

 Dikemaskini pada 29 April 2026

 

Ruangan ini sedang dikemaskini

Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)

OACP 2021 2026 RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPK
2021-2026
 MUAT TURUN

 

 

AKTIVITI 2026

Nama Program: Bicara Integriti Siri 1/2026

Tajuk: "Ramadan Membentuk Insan Berintegriti"
Penceramah: SF Ustaz Haji Mohd Mohd Lukmanul Hakim Hj Mokhtar
Penolong Pengarah Kanan JAKIM
 
Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Keruing, Aras 9, KPK
Peserta : 54 orang ( 43 orang warga KPK dan 11 orang warga agensi MTIB)
 
Slide1 Slide3 Slide5
 
 
 
Nama Program: Bicara Integriti Siri 2/2026
 
Tajuk: "Bersuaralah Demi Kebenaran: Hak Anda Dilindungi"
Penceramah: Encik Ikhwan Zaudii bin Nordin, Pegawai Siasatan, Unit Integriti, KPK
Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 11.30 tengah hari
Medium: Secara Dalam Talian (Google Meet)
Peserta : 87 orang (warga KPK)
 
  Gambar 1 Bicara Integriti Siri 2 2026   Gambar 2 Bicara Integriti Siri 2 2026  Gambar 3 Bicara Integriti Siri 2 2026
 
Dikemaskini pada 4 Mei 2026
 
 

# NAMAPublisher/ DivisionDownload
1. TATACARA PENGURUSAN ADUAN 7.1 TATACARA PENGURUSAN ADUAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  Muat Turun
2. TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P 7.2 TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI P&P SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  Muat Turun
3. TATACARA PELAKSANAAN TADBIR URUS 7.4 TATACARA PELAKSANAAN TADBIR URUS SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  Muat Turun
4. TAMBAH BAIK- TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PEMATUHAN TAMBAH BAIK- TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI PEMATUHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  Muat Turun
5. TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI TATATERTIB 7.6 TATACARA PELAKSANAAN FUNGSI TATATERTIB SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA  Muat Turun

   

 

 

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada :

Ketua Unit,
Unit Integriti
Kementerian Perladangan dan Komoditi

Emel : ui[@]kpk[.]gov[.]my