SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER)
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
# | Soalan | Jawapan |
---|---|---|
1 | Apakah definisi perindustrian kayu ? | Berdasarkan Akta 105, apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan, pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu. |
2 | Apakah aktiviti industri kayu yang dibenarkan beroperasi sepanjang MCO ini? | Pengilang dan pemproses kayu melibatkan konsainmen yang mempunyai kontrak yang telah dimeterai sehingga 30 April 2020 sahaja. |
3 | Apakah syarat-syarat untuk memohon kelulusan beroperasi sepanjang MCO ini? |
|
4 | Bagaimana cara untuk memohon kelulusan untuk beroperasi sepanjang MCO ini? |
Permohonan yang mengandungi maklumat pada perkara 3 di atas hendaklah dimajukan menggunakan borang yang ditetapkan, dan e-mel ke Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan : |
5 | Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan beroperasi? | MTIB akan mengemukakan semua permohonan untuk pertimbangan Jawatankuasa Khas Permohonan Pengecualian Industri. Tempoh masa untuk kelulusan tertakluk kepada maklumbalas yang diterima dari Jawatankuasa berkenaan. |
6 | Bilakah permohonan kelulusan beroperasi sepanjang MCO ini boleh dipohon? | Setiap hari bekerja mengikut Negeri, bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. |
7 | Adakah sektor perladangan kayu dalam Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) dibenarkan menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan penebangan? | Tidak. |
8 | Adakah aktiviti pengedaran kayu dari hutan bagi tujuan pemprosesan di kilangkilang boleh dijalankan? | Tidak. |
9 | Bagaimana dengan stok produk kayu yang telah sedia diproses? Bolehkah aktiviti pengeksportan dijalankan? | Boleh, tertakluk kepada langkah pengawasan yang telah ditetapkan oleh MTIB. Pertimbangan HANYA diberi kepada situasi berikut:
|
10 | Bolehkah konsainmen yang telah tiba di pintu masuk memperolehi lesen import? | Boleh. Permohonan lesen import beserta dokumen sokongan perlu dikemukakan menerusi emel kepada Pejabat MTIB Wilayah berdekatan. |
Pegawai yang boleh dihubungi untuk sebarang penjelasan dan pertanyaan lanjut, berhubung urusan yang berkenaan :
Permohonan Kelulusan Beroperasi
1. Encik Mohd Amin Kadir – 019 350 0065
2. Encik Mazree Iman – 019 335 4914
Pelesenan dan Pemeriksaan Fizikal
1. Puan Hajah Roslina Hj Idris – 019 335 6581
2. Encik Md. Yusoff Ismail – 013 397 5835
3. Encik Mohd Razman Azizuddin- 010 931 4292
Perladangan Hutan
1. Encik Saiful Bahri Salleh – 019 660 8075
2. Encik Mohd Tarmin Ismail – 019 910 1178