SALAM AGRIKOMODITI MADANI @ MELAKA MERIAH, RAKYAT RAIH MANFAAT
3 November 2026 | Tanjung Kling, Melaka
Semangat kebersamaan dan sambutan meriah masyarakat setempat mewarnai Program Salam Agrikomoditi MADANI @ Melaka yang berlangsung di Dewan Hang Lekir, Tanjung Kling.
Program ini menjadi platform mendekatkan kerajaan dengan rakyat, memperkasa komuniti agrikomoditi serta memastikan pelbagai inisiatif dan manfaat sektor ini sampai kepada golongan sasar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dan turut dihadiri YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pameran agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), taklimat industri, perkongsian maklumat mengenai inisiatif dan bantuan kerajaan, sukan rakyat serta pertandingan mewarna kanak-kanak.
Penganjuran ini mencerminkan komitmen KPK untuk terus mendekati rakyat, memperluas akses kepada maklumat dan memastikan manfaat pembangunan sektor agrikomoditi sampai kepada masyarakat.