Profil Korporat

Pengenalan

Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

Bangunan Kementerian Perladangan dan Komoditi

Pada tahun 2012, KPPK telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan dikenali sebagai MPIC. Pada tahun 2018, MPIC telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Industri Utama (MPI). Pada tahun 2020, MPI telah dinamakan semula kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Pada Disember 2022, MPIC  telah melakukan penjenamaan semula nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) kepada Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Kementerian Perladangan dan Komoditi bertanggungjawab dalam prestasi sektor agrikomoditi dari pengeluaran, pemprosesan dan dari pembuatan sehingga ke pemasaran. Sektor ini telah berkembang dari pengeluaran dan pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan produk separa proses, produk yang telah diproses dan produk akhir, seterusnya menjana lebih banyak produk bernilai tambah dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat. Subsektor agrikomoditi yang merangkumi minyak sawit, getah, kayu, koko, lada dan kenaf menjadi antara pemacu ekonomi negara yang turut menyumbang kepada pendapatan eksport, mewujudkan peluang pekerjaan dalam masa yang sama menjana pendapatan terutamanya kepada pekebun kecil. 

Enam agensi di bawah kementerian bergerak seiring dalam perkembangan sektor komoditi. Antaranya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Lada Malaysia dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Lima majlis turut memainkan peranan penting dalam mempromosikan sektor agrikomoditi negara di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Antaranya Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Getah Malaysia, Majlis Kayu Kayan Malaysia, Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia.

Diagram Sejarah Kementerian

Diagram sejarah kementerian: Revolusi Sektor Agrikomoditi dari 1972 hingga 2023
Fungsi

Agensi

Melaksana dasar dan program pembangunan
Menjalankan dan menggalak aktiviti penyelidikan dan pembangunan

Majlis

Mempromosikan sektor komoditi berkaitan

Anak Syarikat

Menjalankan aktiviti berunsurkan keuntungan dalam sektor komoditi berkaitan

Institut

Menjadi unit latihan pusat bagi institusi latihan semua Agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Yayasan

Menggalakkan kajian keberkesanan usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar dan kepelbagaian biologi

Peneraju Kementerian
Peneraju Kementerian: Menteri, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (17 Dis 2025); Timbalan Menteri, YB Dato' Sri Huang Tiong Sii (17 Dis 2025); Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof (23 Mei 2024)
Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 5:35 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.