πππ ππππππππ πππππππππ πππππ πππππ ππ πππππ
πππ ππππππππ πππππππππ πππππ πππππ ππ πππππ
29 Oktober 2026 | Parlimen
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan urus niaga Tandan Buah Segar (BTS) di Sabah lebih adil dan telus demi kepentingan pekebun kecil sawit.
YB Datoβ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, berkata demikian ketika menjawab pertanyaan YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan, di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa perbezaan harga BTS antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dipengaruhi beberapa faktor struktur, termasuk cukai jualan negeri serta kos logistik dan pengangkutan.
Antara langkah KPK melalui MPOB:
β
Menyediakan harga rujukan BTS harian sebagai panduan industri.
β
Mewajibkan paparan harga belian harian secara telus.
β
Memastikan pengesahan alat timbang melalui kerjasama dengan KPDN.
KPK komited meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan ketelusan urus niaga serta melindungi kepentingan pekebun kecil sawit.