Bahagian Biojisim dan Biobahan Api

Latar Belakang

Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) telah diberikan tanggungjawab dalam hal-hal berkenaan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti serta fungsi berkaitan pembangunan industri biobahan api.

 

Struktur organisasi Bahagian BBA terbahagi kepada tiga (3) unit :

Unit Dasar 

Unit Pelesenan

Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

Bahagian Biojisim dan Biobahan (BBA) ditubuhkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) serta peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.

 

Fungsi Bahagian

Mengkaji dan merangka dasar - Mengkaji dan merangka dasar berkaitan industri biojisim dan biobahan api, termasuk mengkaji semula perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan industri dari masa ke semasa;

 

Mengeluarkan lesen - Mendaftar dan mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti biobahan api seperti memulakan untuk membina loji biobahan api, mengeluar, mengadun, mengeksport, mengangkut, menyimpan, mengukur dan menguji biobahan api;

 

Penguatkuasaan - Mengawalselia industri biobahan api, terutamanya melaksanakan penguatkuasaan yang melibatkan aspek-aspek termasuk pemeriksaan, penyiasatan, perisikan dan pendakwaan;

 

Menggalakkan Pembangunan Industri - Menggalakkan pembangunan industri biojisim dan biobahan api, termasuk memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang akan menceburkan diri;

 

Pembangunan pangkalan data - Membangunkan pangkalan data hasil maklumat yang diperolehi daripada pelesenan semua aktiviti yang dilesenkan;

 

Pelaksanaan program - Melaksanakan program-program biojisim, biodiesel dan biogas.

Agensi

 

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

 

MPOB

 

Kementerian Perladangan dan Komoditi bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam merintis penyelidikan dan pelaksanaan Program Biodiesel Negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kumpulan penyelidik khas biodiesel yang di selaraskan oleh Unit Tenaga & Persekitaran, Bahagian Kejuruteraan & Pemprosesan, MPOB bertindak dalam melaksanakan kajian yang boleh digunakan sebagai panduan kepada Kementerian bagi merangka halatuju pembangunan industri biobahan api negara.

Carta Organisasi

 BBA CARTA ORGANISASI 2025 BM 1

Senarai Akta

Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) merupakan instrumen perundangan bagi mengawalselia industri biobahan api negara dan memperuntukkan penggunaan mandatori biobahan api, pelesenan aktiviti yang berhubungan dengan biobahan api dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

 

Peraturan-peraturan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) adalah seperti berikut:

Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008 – PU(A) 404

Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2021 – PU(A) 13

Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pindaan Jadual Pertama) 2022 – PU(A) 354

Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Sumber Pengeluaran, Adunan dan Aktiviti yang Dibenarkan) 2022 – PU(A) 363

Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengecualian) 2024 - PU(A) 123

Hubungi Kami

Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA)
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
No. 15, Aras 8, 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
62654, W.P Putrajaya.
Telefon: 603-88803323

Emel: bba[@]kpk.gov.my

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 5:39 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.