Aktiviti

πŠππŠβ€“πŠπ€π’π“π€πŒ π‚π‡πˆππ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π–πˆπ“

29 Okt 2026 34 paparan
πŠππŠβ€“πŠπ€π’π“π€πŒ π‚π‡πˆππ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π–πˆπ“

πŠππŠβ€“πŠπ€π’π“π€πŒ π‚π‡πˆππ€ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π–πˆπ“

28 Oktober 2026 | Putrajaya

 

Usaha memperkukuh kedudukan minyak sawit Malaysia di pasaran China terus dipergiat menerusi kerjasama strategik kedua-dua negara, dengan tumpuan kepada kelancaran perdagangan, pematuhan standard keselamatan makanan dan pemudahcaraan akses pasaran.

 

YBhg. Dato’ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Kastam Nanjing, China, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Encik Cao Chuanqing, di Bilik Mesyuarat Nyatoh, Aras 11, KPK, Putrajaya.

 

Kunjungan ini amat signifikan kerana merupakan lawatan pertama wakil General Administration of Customs of China (GACC) ke KPK sejak tahun 2018, sekali gus membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama teknikal dan perdagangan antara kedua-dua negara.

 

Perbincangan memberi tumpuan kepada kerjasama teknikal menerusi PORTSIM, Standard Keselamatan Makanan China GB 31664-2025 serta cadangan Program Perintis Pelabuhan Zhangjiagang bagi memudah cara import minyak sawit Malaysia ke China.

 

KPK komited untuk terus memperkukuh kerjasama dengan GACC, disokong kepakaran teknikal Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), bagi memastikan kelancaran perdagangan, pematuhan standard kualiti serta daya saing minyak sawit Malaysia di pasaran China.

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

Β· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:16 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.