YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah mengangkat sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Baginda berkenan mencemar Duli menerima sumbangan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)bagi Tabung Amal COVID-19 yang diwujudkan oleh negeri Pahang.
Sumbangan tersebut adalah 100,000 sarung tangan getah yang akan disalurkan Baginda kemudiannya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
Sumbangan ini adalah demi menyatakan komitmen dan keprihatinan YB Dato' Dr Mohd Khairudin serta kementerian betapa pentingnya semua rakyat menjaga diri dan mematuhi perintah PKP. Kumpulan Barisan Hadapan Fronline di negeri Pahang tetap menjadi perhatian dan menjadi keutamaan agihan bantuan tersebut.