YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng mengadakan mesyuarat bersama dengan YAB Datuk Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor berhubung pembentangan kertas " Projek kluster agroforestri - Program Usahasama Strategik bagi pembangunan komuniti - Agro B40".
YAB Datuk Hasni Mohammad telah menyatakan komitmen kerajaan negeri untuk membantu KPPK dan sedia Bekerjasama bagi menjayakan program ini.
YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng mengharapkan program ini akan membuahkan hasil dan pihak kementerian akan membantu menjayakan projek ini. Beliau yakin jika projek ini berjaya akan dapat mengatasi masalah kemiskinan, khususnya yang melibatkan golongan B40.