Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) hari ini menyumbangkan dua unit ICU Ventilator Model Elisa berjumlah RM240,000 dan Kit Ujian (Test-Kit) COVID-19 sebanyak 2,000 set menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah RM334,000 kepada Hospital Besar Selayang, Selangor. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dengan disaksikan oleh Datuk Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif MPOA kepada Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi. Hadir sama YBhg. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi.