Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) hari ini menyumbangkan sebuah unit ICU Ventilator Model Elisa kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, YBhg. Dato' Dr. Hajah Selasawati binti Haji Ghazali. Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Zaini bin Husin, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan dan YBrs. Encik Ramzuz bin Mohd Rashid, Pengarah Pentadbiran dan Perhubungan Kerajaan, MPOA.