YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Kenaf Peringkat Negeri Pahang di Kampung Merchong, Pekan Pahang. Beliau kemudiannya ke Kampung Tebu Hitam, Rompin, Pahang untuk melihat demonstrasi fasiliti pemprosesan kenaf di Pusat Industri Kenaf. Turut hadir YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi serta YBrs. Tuan Haji Idris Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) LKTN.