Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menganjurkan program KSN@Merdeka. Program yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara berlangsung di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya.
Program ini merupakan kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Julai 2020 bagi menggelorakan kibaran Jalur Gemilang dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya penjawat awam.