Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2020 peringkat KPPK telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Turut hadir YBhg. Tuan Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Encik Toisin Gantor, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSUP) Sektor Perancangan Strategik & Pengurusan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Setiausaha-setiausaha Bahagian dan pegawai-pegawai KPPK.