Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini melakukan lawatan kerja ke Chocolate Museum@Kota Damansara milik DR Group Holdings.
Hadir sama YBhg. Encik Mad Zaidi Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan & Komoditi dan YBhg. Dato' Dahlan Rashid, Pengarah Urusan DR Group Holdings.
Pada sesi lawatan itu perbincangan, turut diadakan perbincangan susulan bagi merealisasikan Muzium Coklat Langkawi oleh syarikat berkenaan sebagai salah satu tarikan pelancongan berasaskan coklat yang tersohor di Asia Tenggara.
Ia adalah selari dengan hasrat Kementerian untuk membangunkan hab coklat di pulau pelancongan itu seterusnya menjadikan Malaysia sebagai King of Chocolate di rantau Asia.