YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Perabot di Dynamic Furniture Industries Sdn. Bhd., Kompleks Perabot Olak Lempit, Banting, Selangor pada 05.05.2020. Beliau turut mengadakan lawatan ke Pusat Gentian Dan Biokomposit (FIDEC) di Kompleks Perabot Olak Lempit, Banting, Selangor. FIDEC mula eroperasi pada September 2006 sebagai pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan dan juga penyelarasan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang khusus untuk industri biokomposit di Malaysia.