Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini melakukan kunjungan hormatke atas YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka di Pejabat Ketua Menteri, Seri Negeri, Melaka. Dalam pertemuan ini, antara yang dilontarkan kepada YAB Ketua Menteri untuk perbincangan lanjut ialah cadangan pembinaan Melaka Chocolate City. Antara lainnya adalah perluasan saiz penanaman kenaf Melaka melebihi 20 hektar bagi tahun 2020 dan projek inokulasi pokok karas bagi menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi. Hadir sama YBhg. Encik Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Komoditi, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.