JATA LATES

UCAPAN PERASMIAN
YB DATUK WILLIE ANAK MONGIN
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN
KOMODITI


SEMPENA
MAJLIS ULANG TAHUN MAJLIS KAYU-KAYAN MALAYSIA (MTC)
YANG KE-30


10 JANUARI 2022 (ISNIN)
7.45 MALAM
GRAND BALLROOM, HOTEL GRAND HYATT KUALA LUMPUR



(SALUTASI)


Yang Berbahagia Datuk Ravi Muthayah
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi


Yang Berusaha Puan Hajah Norrida Yusoff
Pengerusi
Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)


Yang Berusaha Tuan Haji Mahpar
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


Yang Berusaha Tuan Muhtar Suhaili
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC)


Yang Berusaha Puan Siti Syaliza Mustapha
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC)


Distinguished guests


Tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati sekalian.


Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia and a very prosperous New
Year 2022.

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian menjemput saya ke majlis yang bersejarah ini.


Your Excellencies,


2. I am extremely pleased to be invited to the Malaysian Timber Council’s 30th Anniversary Gala Dinner. It warms my heart to see many industry players from the various sectors of the timber
industry here tonight. I would also like to express my heartiest congratulations and thanks to the past and present Board of Trustees of MTC, its entire management and staff for your hard
work and dedication in serving the timber industry. Your comradeship and teamwork are pivotal in navigating and steering the Council towards advancing the industry to the next level.


3. Sepanjang 30 tahun penubuhan MTC, saya yakin pelbagai pengalaman pahit dan getir telah dilalui oleh seluruh warga MTC. Justeru itu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada MTC di atas usaha gigih yang berterusan dalam menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan industri perkayuan Negara. MTC dilihat sebagai entiti yang dinamik dalam membantu industri
meneroka pasaran-pasaran baharu di samping bersifat responsif terhadap persekitaran global.


4. Saya amat berbesar hati kerana diberi berpeluang untuk melancarkan buku berkaitan industri perkayuan Malaysia yang bertajuk Standing Tall – A Malaysian Timber Industry Journey sempena ulang tahun MTC yang ke-30 pada malam ini. Harapan saya agar buku ini akan memberi manfaat yang banyak kepada pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam evolusi industri perkayuan di Malaysia.

5. Sambutan ulang tahun bukanlah satu keraian semata-mata tetapi merupakan satu platform untuk kita menilai dan dalam masa yang sama memahami cabaran yang dihadapi bagi menyediakan masa hadapan yang lebih baik sekaligus memastikan industri perkayuan Malaysia terus berdiri dengan lebih teguh.


6. Negara menghadapi pelbagai cabaran baharu kesan ancaman pandemik COVID-19 yang turut mengubah landskap perdagangan dan rantaian bekalan global serta mewujudkan norma baharu perniagaan. Walau bagaimanapun, industri perkayuan dilihat terus bangkit dengan kadar pertumbuhan eksport yang positif. Sehingga Oktober 2021, negara telah mencatatkan peningkatan eksport perkayuan sebanyak 0.41% kepada RM17.9 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020. Perabot kayu, kayu gergaji, kayu papan lapis dan kayu tanggam adalah antara penyumbang utama sektor kayu. Saya mensasarkan eksport produk kayu-kayan meningkat kepada RM24 bilion pada tahun ini. Besar harapan saya untuk industri perkayuan ini terus kekal kompetitif dalam meningkatkan hasil eksport negara meskipun telah mencapai sasaran yang ditetapkan.


7. Bagi membangunkan industri perkayuan yang berdaya tahan dan bergerak selari dengan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030, sokongan jitu dan penyertaan daripada pemain
industri serta pihak berkepentingan adalah signifikan dalam ekosistem perniagaan demi memastikan keperluan bekalan bahan mentah kekal mencukupi yang turut didukung dengan
penggunaan teknologi yang canggih dan terkini, pengenalan produk baharu dan penyediaan tenaga kerja yang berkemahiran. Saya difahamkan MTC telah meletakkan elemenelemen ini sebagai fokus utama sejak awal penubuhannya, selain mengambil inisiatif yang proaktif untuk mengadaptasi teknologi automasi dan digitalisasi dalam industri perkayuan. Syabas saya ucapkan.


8. Bercakap tentang bekalan bahan mentah, saya ingin menyeru industri untuk meneroka sumber bahan mentah alternatif seperti batang kelapa sawit (OPT) yang berpotensi untuk
digunakan sebagai bahan binaan bagi pelbagai aplikasi dalaman dan luaran. Penggunaan OPT mampu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan mentah utama seperti kayu
tropika dan kayu getah. Selain itu, ia juga dapat memastikan tanaman sawit digunakan sepenuhnya secara optimum dan mencapai matlamat industri sawit sifar sisa.


9. Memandangkan kita kini telah melangkah ke era Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0), sudah tiba masanya untuk industri memberi tumpuan utama dalam mengoptimumkan proses
pembuatan dan rantaian bekalan termasuk merevolusikan perniagaan secara keseluruhan bagi memastikan industri perkayuan terus relevan dan bergerak maju. Justeru itu, saya
ingin menyeru kepada semua pemain industri untuk bersiap siaga dalam mengorak langkah ke arah Industri 4.0 seperti yang disarankan oleh Kerajaan.


10. Suka saya ingatkan juga bahawa adalah menjadi keutamaan untuk industri perkayuan bertindak sebagai penggerak utama dalam menyediakan penginapan pekerja yang kondusif
selaras dengan komitmen Kerajaan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO). Ini penting dalam mewujudkan persekitaran pekerjaan dan penginapan pekerja yang selamat. Saya yakin dengan bantuandan sokongan daripada Kementerian dan agensi yang berkaitan mampu membantu meningkatkan imej positif industri perkayuan kita di mata pelabur asing, pengguna dan badan bukan Kerajaan.


11. Saya turut dimaklumkan bahawa MTC telah memulakan dua sesi libat urus secara maya pada bulan Mei dan November 2021 dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Jabatan Kerajaan Tempatan serta pemain industri perkayuan di
Muar dan Klang untuk menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan dan keperluan Akta 446. Saya teruja melihat MTC melangkah ke tahun 2022 dengan melaksanakan program yang
membantu pemain industri perkayuan untuk menambah baik penginapan pekerja.

Hadirin yang saya hormati sekalian,


12. Saya bangga apabila MTC turut memainkan peranan dalam mengasah bakat tempatan. Saya difahamkan MTC buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Industri Perkayuan Malaysia
2022 yang akan diadakan pada malam ini. Anugerah sebegini dilihat sebagai medium pengiktirafan buat syarikat-syarikat berasaskan kayu Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan
dalam bidang kemampanan, pendigitalan, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan pandemik COVID-19, inovasi produk dan keusahawanan. Majlis sebegini menjadi bukti
bahawa Malaysia mempunyai bakat tempatan yang mampu memacu industri kayu-kayan ke hadapan.


13. Pada malam ini, kita juga akan meraikan seramai 14 orang saudara dan saudari yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun di MTC sebagai penerima Long Service Awards. Semoga
pengiktirafan dan penghargaan ini akan mencetus inspirasi kepada semua warga MPIC, MTC and Agensi lain untuk terus berkhidmat dan menyumbang bakti dengan penuh dedikasi dan
komitmen. Tahniah dan terima kasih kepada para penerima atas sokongan padu dan menjadi tulang kekuatan MTC selama ini.


14. Sebelum saya berundur, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada MTC atas sumbangan besar dalam menyokong industri perkayuan sejak tiga dekad yang lalu. Ini merupakan satu pencapaian dan prestasi yang wajar dipuji. Besarlah harapan saya untuk melihat jalinan kerjasama MTC dengan pelbagai pihak berkepentingan akan terus berkembang dan diperkukuhkan pada masa akan datang. Marilah kita bersama-sama berdiri teguh demi kemajuan dan kemampanan industri ini. Semoga MTC terus maju dalam mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.


15. I applaud everyone here tonight for your tenacity in climbing to greater heights, regardless of the odds. My heartiest congratulations to all the deserving winners and those who have
participated in the Malaysian Timber Industry Awards 2022. Tonight, let us recognise the remarkable achievements of our Malaysian enterprises as well as our loyal colleagues in MTC for
their contributions and career milestone to the development of our beloved nation. 

Tuhan memberkati.


Sekian, terima kasih.


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
10 Januari 2022