LATAR BELAKANGOBJEKTIFFUNGSIUNDANG-UNDANGPIAGAM PELANGGANCARTA ORGANISASIPELAN AKTIVITIPENCAPAIAN KPILAPORAN UADGALERI MEDIAHUBUNGI KAMI

LATAR BELAKANG

 

Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah ditubuhkan pada tahun 2000 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. UAD ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha KPK.

Peranan dan tanggungjawab UAD telah dikaji semula dan disesuaikan dengan perkembangan semasa selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013. Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi organisasi.

 

 

OBJEKTIF 

 

Objektif UAD adalah untuk membantu KPK mencapai matlamat melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan dalam semua proses kawalan dan tadbir urus.

 

 

FUNGSI

  UAD bertanggungjawab menjalankan dua (2) jenis pengauditan yang utama iaitu pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi yang dijelaskan seperti berikut;
 
1. Pengauditan Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan serta arahan yang berkaitan.
2. Pengauditan Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti organisasi yang dipilih untuk menentukan matlamatnya telah dicapai serta sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan.

 

UNDANG-UNDANG

  Punca kuasa, peraturan dan prosedur yang diguna pakai:   
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Akta Audit 1957
3. Akta Prosedur Kewangan 1957
4. Arahan Perbendaharaan
5. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia
6. Arahan Pentadbiran Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi

 

PIAGAM PELANGGAN

 Bil.  Butiran KPI

Justifikasi / Penerangan

1.

Pengeluaran Laporan Audit /

Pemerhatian

Mengeluarkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh 14 hingga 45 hari bekerja selepas selesai kerja pengauditan.
2. Penyediaan Laporan Tahunan Mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya.
3.

Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan (RAT)

Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa.
4.

Pencapaian Pelaksanaan Audit

Memastikan pelaksanaan pengauditan adalah mencapai 80% daripada Rancangan Audit Tahunan yang diluluskan.

5.

Khidmat Nasihat Profesional

Memberi khidmat nasihat dan pandangan berkaitan kawalan dalaman, tadbir urus dan pengurusan risiko dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima

 

 


CARTA ORGANISASI

CARTABM42025

 

PERANCANGAN PENGAUDITAN TAHUN 2025

Pengurusan Kewangan

  • Pengurusan Kenderaan Kerajaan - KPK

Pengauditan Prestasi

  • Pengauditan Pengurusan Syarikat di Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) - BISS
  • Pengurusan Projek Pembinaan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Industri Lada Negara (PILN) - IKL
  • Pengurusan Skim Pinjaman Bagi Program Ladang Bersaiz Besar dan Sederhana (P) – KTK

Pengauditan Pematuhan

  • Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan Secara Sebut Harga dan Tender - KPK
  • Pengurusan Perolehan Kenderaan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) - BISS

Pengauditan ICT

  • Pengurusan Projek Platform Perkongsian Data Komoditi (PDC) - KPK

Tugasan Khas

  • Verifikasi Baki Aset Setakat 31 Disember 2024 – KPK
  • Verifikasi Baki Aset Setakat 30 Jun 2025 – KPK

  

PENCAPAIAN KPI TAHUN 2025

 Bil  Butiran KPI

Tempoh

KPI

Sasaran

KPI

Pencapaian

KPI

Justifikasi / Penerangan
1

Aktiviti Pengauditan

2025  9 7 Pencapaian sehingga 27 November 2025
2  Laporan Tahunan 2024  1  1 Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran Laporan Tahunan UAD 2024 kepada pihak Perbendaharaan pada 28 Mac 2025. 
3  Rancangan Audit Tahunan 2025  1  1 Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran Rancangan Audit Tahunan 2025 kepada pihak Perbendaharaan pada 24 Disember 2024. 
4

Mesyuarat JKA

2025 4 3 Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
  • Mesyuarat JKA Bil.1/2025 diadakan pada 27.03.2025
  • Mesyuarat JKA Bil.2/2025 diadakan pada 14.07.2025
  • Mesyuarat JKA Bil.3/2025 diadakan pada 13.10.2025
  • Mesyuarat JKA Bil.4/2025 diadakan pada XX.01.2026
5

Minit Mesyuarat JKA

2025 4 3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah dihantar ke Perbendaharaan pada tarikh seperti berikut:
  • Minit Mesyuarat JKA Bil.1/2025 dihantar pada 15.04.2025
  • Minit Mesyuarat JKA Bil.2/2025 dihantar pada 18.07.2025
  • Minit Mesyuarat JKA Bil.3/2025 dihantar pada 15.10.2025
  • Minit Mesyuarat JKA Bil.4/2025 dihantar pada XX.01.2026

LAPORAN TAHUNAN UAD   

 Bil.  Tajuk Laporan Muat Turun
 1. Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Tahun 2021 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi pdf MT
  2.  Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Tahun 2022 Kementerian Perladangan dan Komoditi pdf MT
  3.  Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Tahun 2023 Kementerian Perladangan dan Komoditi pdf MT
  4.  Laporan Tahunan Unit Audit Dalam Tahun 2024 Kementerian Perladangan dan Komoditi pdf MT

GALERI MEDIA

P1090256 P1090257 IMG 7312
IMG 7305 IMG 7300 IMG 7308
GALERI MEDIA SELANJUTNYA:

Galeri Media Tahun 2023-2024

Galeri Media Tahun 2025

 

HUBUNGI KAMI

  fazline Puan Fazline Binti Mohd Saleh
Ketua Unit Audit Dalam (KUAD)
fazline [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388803340
  WANI1000 Puan Shazwani Binti Saripuddin
Penolong Juruaudit
shazwani [DOT] saripuddin [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878252
 
  badrulhi Sham Encik Baderolhi Sham Bin Md. Nor
Juruaudit
baderol [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388803339
  hazrul Encik Muhamad Hazrul Bin Roseli
Penolong Juruaudit
hazrul [DOT] roseli [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878256
 
  shahira Puan Nurul Shahirah Binti Che Amran
Juruaudit
nurulshahirah [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878250 
  afzainizam Encik Afzainizam Bin Zainal Abidin
Penolong Juruaudit
afzainizam [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878261
 

Untuk pertanyaan dan urusan pentadbiran, sila hubungi:

KUAD Puan Norslinda Binti Mohammed Noor
Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi
norslinda [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878251

BUNGA"Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti"BUNGA

Pentadbir Kandungan Laman Web:
Encik Baderolhi Sham Bin Md. Nor
Encik Afzainizam Bin Zainal Abidin
Encik Muhamad Hazrul Bin Roseli