PENGENALANAGENSI BERKAITANPERKHIDMATANAKTA DAN PERATURANPROGRAMVIDEO PROMOSIPELESENAN BIOBAHAN APIGARIS PANDUANPRESTASI INDUSTRISOALAN LAZIMHUBUNGI KAMI

Perasian Projek Rintis

 

Industri Biobahan Api di Malaysia bermula pada 1980-an selaras dengan kerja-kerja penyelidikan yang diterajui oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Projek biodiesel sawit telah diilhamkan oleh Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia – PORIM (kini Lembaga Minyak Sawit Malaysia – MPOB) pada tahun 1981.

 

Penyelidikan skala makmal yang dimulakan pada tahun 1982 setelah sebuah makmal R & D Berjaya ditubuhkan pada tahun 1982.Pada Julai 1983 Jawatankuasa Pemandu Biodiesel Sawit telah dibentuk di bawah Kementerian Perusahaan Utama – KPU (kini dikenali sebagai Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK) untuk mengawalselia halatuju serta program penyelidikan dan pembangunan biodiesel sawit.

 

Seterusnya dengan kerjasama PETRONAS, kilang perintis biobahan api telah berjaya dibangunkan tahun 1985. Pelancaran kilang perintis biodiesel pertama di dunia ini pada 2 November 1986 telah dirasmikan oleh YAB Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia.

 

Biodiesel sawit (Palm Methy Ester) dihasilkan untuk kajian enjin dan kajian di lapangan selama 8 tahun mulai tahun 1986 hingga 1994. Kejayaan projek ini telah menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program biobahan api sawit negara. Pada bulan Ogos 2002, teknologi biodiesel sawit yang dihasilkan oleh MPOB berjaya dikomersialkan untuk menghasilkan biodiesel yang sesuai digunakan di Malaysia.

 

DASAR BIOBAHAN API NEGARA (NBP)

Untuk menyokong inisiatif ini, Kerajaan Malaysia  telah melancarkan Dasar Biobahan Api Nasional (NBP) pada Mac 2006. NBP ditubuhkan bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan, menggalakkan permintaan untuk minyak sawit serta menstabilkan harga pada paras yang menguntungkan. Dasar ini berlandaskan 5 teras iaitu :

  • Biobahan api untuk pengangkutan
  • Biobahan api untuk industri
  • Teknologi biobahan api
  • Biobahan api untuk eksport
  • Biobahan api untuk persekitaran yang lebih bersih

 

Objektif utama pembangunan NBP adalah untuk :

  • Mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca (GHG) sejajar dengan hasrat negara kearah mencapai sasaran pengurangan intensiti GHG sebanyak 45% KDNK menjelang 2030.
  • Strategi memperluas kegunaan produk hiliran sawit dan menjadi inisiatif untuk meningkatkan hasil pendapatan pekebun kecil sawit melalui mekanisma kawalan harga pasaran sawit.
  • Membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan api fosil sebagai salah satu inisiatif keselamatan tenaga.

 

MPOB

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

Kementerian bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dalam merintis penyelidikan dan pelaksanaan Program Biodiesel Negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kumpulan penyelidik khas biodiesel yang di selaraskan oleh Unit Tenaga & Persekitaran, Bahagian Kejuruteraan & Pemprosesan, MPOB bertindak dalam melaksanakan kajian yang boleh digunakan sebagai panduan kepada Kementerian bagi merangka halatuju pembangunan industri biobahan api negara.

 

BAHAGIAN bIOJISIM DAN BIOBAHAN API

(1)  Mengkaji dan merangka dasar

Mengkaji dan merangka dasar berkaitan industri biobahan api, termasuk mengkaji semula perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan industri biobahan api dari masa ke semasa.

(2) Mengeluarkan lesen aktiviti biobahan api

Mendaftar dan mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti biobahan api seperti memulakan untuk membina loji biobahan api, mengeluar, mengadun, mengeksport, mengangkut, menyimpan, mengukur dan menguji biobahan api.

(3)  Pemantauan dan Penguatkuasaan

Mengawalselia industri biobahan api, terutamanya melaksanakan penguatkuasaan yang melibatkan aspek-aspek termasuk risikan, pemantauan, penangkapan, operasi, siasatan, pendakwaan dan kompaun

(4) Menggalakkan Pembangunan Industri

Menggalakkan pembangunan industri biobahan api, termasuk memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang akan menceburkan diri dalam industri biobahan api;

(5) Penyelenggaraan dan analisis data 

      Merekod dan menyelenggara maklumat-maklumat pelesenan di dalam pengkalan data untuk rujukan Kementerian, agensi dan industri.

  

 

GAMBAR AKTA

AKTA BIOBAHAN API NEGARA

Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) merupakan instrumen perundangan bagi mengawalselia industri biobahan api negara dan memperuntukkan penggunaan mandatori biobahan api, pelesenan aktiviti yang berhubungan dengan biobahan api dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

PERATURAN - PERATURAN INDUSTRI BIOBAHAN API

Peraturan-peraturan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 adalah seperti berikut:

 

PEMATUHAN STANDARD BIODIESEL

 Standard Waranti

PROGRAM BIODIESEL NEGARA (PBN)

Gambar Biodiesel

 

SEKTOR PENGANGKUTAN DARAT DAN INDUSTRI

Malaysia telah mewujudkan mandat penggunaan biodiesel di sektor pengangkutan darat dan industri bagi mengiktiraf manfaat penggunaan biodiesel terhadap alam sekitar dan ekonomi. Di Malaysia, program biodiesel dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan Program Biodiesel B5 (adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum) untuk sektor pengangkutan darat pada Jun 2011. Program ini kemudian dinaiktaraf ke B7 dan dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Disember 2014 dan diikuti dengan Program Biodiesel B10 pada tahun 2019.

Pelaksanaan Program Biodiesel B20 telah bermula pada tahun 2020 dan akan dilaksanakan secara berfasa  bergantung kepada ketersediaan infrastruktur. Pada Julai 2019, kadar adunan B7 telah dilaksanakan secara mandatori untuk sektor industri dengan pengecualian bagi sektor penjanaan tenaga, maritim dan bunker. Program Biodiesel B30 akan dilaksanakan menjelang tahun 2030 atau lebih awal bergantung kepada data teknikal yang mencukupi. Lanjutan daripada Program Biodiesel B30, HVO berasaskan sawit mungkin akan diperkenalkan pada masa hadapan.

 

PEMBANGUNAN PROGRAM BIODIESEL DI MALAYSIA

 

PBN Pelaksanaan BM

KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

  • Menerusi pelaksanaan Program B7 di sektor industri, kira-kira 227,000 tan minyak sawit setahun digunakan dalam negara dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 0.68 juta tan CO2 setara setahun

  • Program B10 di sektor pengangkutan berjaya menggunakan Minyak Sawit Mentah (CPO) sebanyak 534,000 tan minyak sawit setahun dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 1.6 juta tan CO2 setara setahun.

  • Menerusi pelaksanaan Program B20 di sektor pengangkutan secara menyeluruh, kira-kira 1,068,000 tan minyak sawit setahun bakal digunakan dalam negara dan mampu menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 3.2 juta tan CO2 setara setahun.

 

HALA TUJU BIODIESEL SAWIT

 

Kerajaan akan mengambil tiga pendekatan untuk memaksimumkan kapasiti pengeluaran sedia ada dan penggunaan biodiesel untuk sektor pengangkutan darat dan industri, iaitu dengan meningkatkan permintaan domestik; memperluas pasaran eksport; dan meningkatkan daya saing. Pada masa yang sama, R&D dan program rintis akan dilaksanakan bagi pembangunan biobahan api sektor maritim dan penerbangan.

 

 

 

VIDEO PROMOSI PROGRAM BIODIESEL NEGARA

 

 

PELESENAN BIOBAHAN API

 

 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILESENKAN

Aktiviti-aktiviti yang dilesenkan seperti dinyatakan dalam Seksyen 5, Akta 666 adalah seperti berikut:

Kategori Pengeluaran Bahan Api:

  • Memulakan untuk membina loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
  • Mengeluarkan apa-apa biobahan api; dan
  • Mengadun biobahan api dengan bahan api atau biobahan api yang lain.

Kategori Perniagaan Biobahan Api:

  • Mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain
  • Menyimpan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain; 
  • Mengangkut biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain.

Kategori Perkhidmatan Biobahan Api:

  • Mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain; dan
  • Menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api yang lain.

PROSES PERMOHONAN LESEN

Pihak yang berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti biobahan api yang perlu dilesenkan dikehendaki memiliki lesen yang sah terlebih dahulu. Permohonan lesen perlu dibuat secara bertulis kepada Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan mengisi borang-borang permohonan mengikut aktiviti yang hendak dilesenkan.

Permohonan lesen mesti dibuat secara bertulis kepada Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA), Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Syarikat pemohon, termasuk pemohon baru diminta untuk menghantar borang permohonan lesen seperti berikut:


Kategori Lesen

 

 

GARIS PANDUAN PELESENAN BIOBAHAN API

Pemohon dinasihatkan untuk memahami sepenuhnya Garis Panduan Pelesenan Biobahan Api untuk memastikan semua syarat lesen dipatuhi sebelum menghantar borang permohonan. Borang yang dihantar secara elektronik atau faks akan disemak terlebih dahulu oleh urus setia. Sekiranya permohonan yang dikemukakan adalah lengkap berdasarkan kriteria yang ditetapkan, borang permohonan asal perlu dicetak, diisi dengan lengkap dan ditandatangani pemohon.

 

Pemohon juga dikehendaki untuk mengemukakan sebarang dokumen atau maklumat lanjut yang diperlukan oleh urus setia sekiranya diminta berbuat demikian. Permohonan akan disemak berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan serta berdasarkan senarai semak borang permohonan.

 

Permohonan perlu dikemukakan dalam bentuk “hard copy” ke KPPK melalui alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
No. 15, Aras 8, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62654 PUTRAJAYA
Faks: 03-8887 8354
E-mel: bba[@]kpk.gov.my

 

Borang Permohonan Lesen boleh dimuat turun di

    BORANG PEMBAHARUAN LESEN 
    BORANG PERMOHONAN LESEN (PENGELUARAN) 
    BORANG PERMOHONAN LESEN (PERKHIDMATAN) 
    BORANG PERMOHONAN LESEN (PERNIAGAAN) 

     

    GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN PENGGUNAAN ADUNAN BIOBAHAN API DI BAWAH AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007 (AKTA 666)

    Garis Panduan Pengecualian Penggunaan Adunan Biobahan Api ini terpakai kepada mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa aktiviti atau golongan aktiviti yang menggunakan adunan biobahan api dengan bahan api lain dalam menjalankan apa-apa aktiviti yang menggunakan mesin, jentera, dandang atau sebarang peralatan berenjin diesel.

    Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani perlu dikemukakan kepada urus setia JKPBBA sama ada secara serahan tangan, elektronik atau faks ke alamat, alamat e-mel atau nombor faks seperti yang berikut:

    Setiausaha Bahagian
    Bahagian Biojisim dan Biobahan Api
    Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
    No. 15, Aras 8, Persiaran Perdana, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62654 PUTRAJAYA

    Faks: 03-8887 8354
    E-mel: bba[@]kpk.gov.my

     

    Borang Permohonan Pengecualian Penggunaan Biobahan Api boleh dimuat turun di

     BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN PENGGUNAAN BIOBAHAN API

    GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENGECUALIAN PENGGUNAAN ADUNAN BIOBAHAN API 

    PRESTASI INDUSTRI BIOBAHAN API

     

    2021 Prestasi Biobahan Api BM

     

    PEMEGANG TARUH

     

    Pemegang Taruh Industri Biobahan Api

     

     

     

    SOALAN- SOALAN LAZIM

     

    (1) Umum (General)

    • Apakah itu biodiesel?

    Biodiesel adalah biobahan api mesra alam yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum. Ianya dihasilkan daripada minyak sayuran dan lelemak haiwan melalui proses kimia. Di Malaysia, biodiesel dihasilkan daripada minyak sawit dan dikenali sebagai biodiesel sawit.

    • Apakah perbezaan biodiesel sawit dan diesel petroleum?

    Biodiesel sawit adalah sumber tenaga boleh baharu dan diesel petroleum pula adalah sumber yang terhad.

    • Apakah jenis diesel yang dijual di stesen minyak?

    Terdapat dua jenis diesel yang dijual di kebanyakkan stesen iaitu Euro 2M (nozel hitam) dan Euro5 (nozel biru). Diesel boleh diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 7% (B7),10% (B10) dan 20% (B20). Apabila program B20 dilaksanakan secara berfasa, diesel B10 akan digantikan dengan diesel B20.

    • Adakah negara-negara lain menggunakan adunan biodiesel dalam diesel?

    Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat (Minnesota), Indonesia, Negara Thai, Colombia, Argentina, Brazil dan negara-negara lain telah memperkenalkan penggunaan adunan biodiesel dengan diesel. Indonesia telah melaksanakan program B20 sejak tahun 2016 dan B30 bermula pada tahun 2020.

    (2) Program Biodiesel di Malaysia 

    • Apakah pelan pelaksanaan program biodiesel?

    Program B5 dilaksanakan di sektor pengangkutan pada Jun 2011 dan diikuti oleh     Program B7 pada Disember 2014. Seterusnya pelaksanaan B10 di sektor pengangkutan secara mandatori dimulakan pada 1 Februari 2019 dan B7 di sektor industri pada 1 Julai 2019. Program B20 di sektor pengangkutan sedang dilaksanakan secara berfasa di seluruh Malaysia bermula Januari 2020.

    • Apakah usaha Kerajaan bagi mencapai penggunaan tenaga boleh baharu melalui Program Biodiesel?

    Dasar Biobahan Api Negara telah dilancarkan pada tahun 2006 dan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008 untuk mencapai sasaran penggunaan tenaga boleh baharu dalam negara. Pelaksanaan Program B20 ini juga adalah selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang hanya membenarkan kenderaan diesel yang boleh menerima adunan biodiesel 20% dijual di Malaysia bermula Januari 2020.

    (3) Alam sekitar 

    • Adakah biodiesel sawit dihasilkan secara mampan?

    Ya. Biodiesel sawit diproses dari minyak sawit yang dihasilkan melalui amalan penanaman yang baik dan mendapat pensijilan kemampanan (e.g. Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia – MSPO). Majoriti pengeluar biodiesel sawit juga memperolehi pensijilan International Sustainability and Carbon Certification (ISCC).

    •  Apakah faedah-faedah penggunaan biodiesel?

    Kajian saintifik telah membuktikan bahawa penggunaan biodiesel mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG). Selain itu, biodiesel mengandungi nombor setana yang lebih tinggi. Ini dapat meningkatkan prestasi enjin dan menyumbang kepada pelepasan gas ekzos yang lebih bersih. Kandungan sulfur dalam biodiesel adalah menghampiri sifar di mana penggunaan biodiesel akan dapat mengurangkan pelepasan gas sulfur dioksida ke atmosfera yang mengakibatkan kejadian hujan asid.

    • Apakah impak program B20 terhadap alam sekitar?

    Pelaksanaan program B20 untuk sektor pengangkutan akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG setara dengan penjimatan pelepasan ekzos sebanyak 20% daripada jumlah kenderaan diesel di jalan raya setahun. Ini akan menambahbaik kualiti udara terutamanya di kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas.

     

    (4) Teknikal 

    • Adakah pengeluar kenderaan (original engine manufacturer – OEM) memberi jaminan enjin bagi penggunaan B20?

    Pada Disember 2016, Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) telah menyatakan sokongan terhadap penggunaan 20% biodiesel sawit dalam diesel. Hasil ujian lapangan MPOB dan kajian menyeluruh JAMA juga menunjukkan bahawa B20 adalah sesuai digunakan pada enjin diesel. Sebagai alternatif, Euro5 B7 masih boleh didapati di stesen-stesen minyak tertentu. Pengguna boleh mendapat penerangan lanjut daripada pengeluar kenderaan masing-masing, sekiranya perlu.

    • Bolehkah kenderaan diesel yang sedang menggunakan B7/B10 beralih ke B20 pada bila-bila masa?

    Ya. Diesel B7/B10 dan B20 boleh digunakan secara bertukar ganti pada semua kenderaan diesel tanpa sebarang masalah.

    • Adakah tempoh masa penyelenggaran atau servis kenderaan akan dipendekkan dengan penggunaan B20?

    Ujian lapangan penggunaan B20 yang dijalankan semenjak 2019 bagi 35 buah kenderaan MPOB, tiga (3) buah kenderaan FGV Transport Services Sdn Bhd dan 15 buah kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan dari pelbagai jenama kenderaan menunjukkan penggunaan B20 tidak akan memendekkan tempoh masa penyelenggaran atau servis kenderaan tanpa sebarang masalah dilaporkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada pengeluar kenderaan masing-masing, sekiranya perlu. 

    mpic lOGO

    Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA)
    Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
    No. 15, Aras 8, 
    Persiaran Perdana, Presint 2, 
    62654, W.P Putrajaya.
    Telefon : 603-88803323
    E-mel : bba[@]kpk.gov.my