LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI
LATAR BELAKANG
- Bahagian PIMI berperanan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif bagi menjana inovasi di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembangunan modal insan sektor huluan dan hiliran agrikomoditi agar lebih berdaya saing dan terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
- Bagi mencapai hasrat meningkatkan daya saing industri dalam sektor agrikomoditi, Bahagian PIMI berperanan:
(i) menyelaras pelaksanaan program berkaitan R&D&C&I dalam sektor agrikomoditi; dan
(ii) menyelaras aktiviti berkaitan keperluan dan latihan modal insan di sektor agrikomoditi.
FUNGSI BAHAGIAN
- Melaksana strategi, menilai serta memantau pelaksanaan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam sektor agrikomoditi. Ini selaras dengan matlamat KPK ke arah penghasilan teknologi dan produk yang inovatif dan bernilai tambah agar sektor ini terus maju dan berdaya saing; dan
- Melaksana strategi, menyelaras serta memantau pelaksanaan program modal insan dalam sektor agrikomoditi supaya dapat membangunkan dan meningkatkan keupayaan modal insan sektor ini.
TAHUN 2023
- 10 - 12 Jun 2023 I Perak/Pulau Pinang/Kedah/Perlis : Trek Komoditi Zon Utara
- 19 Jun 2023 I Sarawak : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 1)
- 5 - 6 Ogos 2023 I Negeri Sembilan dan Selangor : Trek Komoditi Zon Tengah
- 28 Ogos 2023 I Pahang : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 2)
- 6 November 2023 I Sabah : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 3)
- 25 - 26 November 2023 I Sarawak : Trek Komoditi Zon Sarawak
- 11 Disember 2023 I Johor : Sesi Penerangan dan Dialog Guna Tenaga Agrikomoditi (Siri 4)
TAHUN 2024
- 6 Februari 2024 I Sarawak : Lawatan Verifikasi ke Ladang Sawit Sarawak Plantation Berhad (SPB)
- 7 Mac 2024 I Putrajaya : Bengkel Pembangunan Modul Post-Arrival Orientation (PAO) bagi Sektor Perladangan
- 23 - 26 Mei 2024 I Johor : Reruai Pameran KPK sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan
- 15 Julai 2024 I Kuala Terengganu : Program "Know Your Right, Do It Right"
- 22 Julai 2024 I Putrajaya : Taklimat Permohonan Khas Kuota Pengambilan Pekerja Asing di Sektor Perladangan