YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini menyerahkan sumbangan berbentuk mesin ventilator, penutup muka 3 layers dan unit kit pemeriksaan COVID-19 kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan berjumlah RM5 juta ini merupakan inisiatif daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) melalui kementerian sebagai tanda keprihatinan kepada situasi masa kini dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.