Kementerian Perusahaan dan Perladangan (KPPK) bekerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dalam siri jelajah ke seluruh negara untuk sesi libat urus pelbagai industri sempena Belanjawan 2021.
YBhg. Tuan Ravi Muthayah Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama-sama pemain industri sawit agrikomoditi bagi memberikan input untuk belanjawan dan seterusnya maklumat berkenaan pengembangan produk hiliran sawit serta penambahbaikan pengurusan pekebun kecil.
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia sendiri mengetuai sesi libatkan urus Belanjawan 2021 ini.
Turut hadir sama ialah YBhg. Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), YBhg. Datuk Dr. Kalyana Sundram Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia / Malaysian Palm Oil Council (MPOC) dan YBhg. Datuk Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) serta Setiausaha-setiausaha Bahagian KPPK.