Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini merasmikan Program Jom MSPO anjuran bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Johor. Beliau turut menyampaikan Sijil MSPO dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada pekebun kecil yang layak. Hadir sama YBrs. Encik Muhtar Suhaili, Pengerusi MPOB dan YBhg. Encik Ravi Muthayah, KSU Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta YBrs. Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Ketua Pengarah MPOB.