Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd. diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr Lim Wee Chai di Parlimen.
Pertemuan itu diadakan untuk kedua-dua pihak berkongsi maklumat terkini berkaitan isu larangan eksport produk syarikat terbabit ke Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan khidmat buruh paksa.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri iaitu YB Willie Mongin dan YB Dato' Seri Dr Wee Jeck Seng serta YBhg. Encik Ravi Muthayah, KSU Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.